Thursday, September 10, 2015

spontaneous Thursday

RINDU.............


Untuk Berblog semula


titik.




Tuesday, June 11, 2013

KetaGihan / Bertagih / Tagih ehh??





Assalamualaikum.


taknak cakap banyak...

emosi tak stabil. Angau datang melanda. Semua ni salah awak?
hey yea.. awak..
Pinjam eh Google..

sebab awak sweet sangat...

oh my.. boleh kelaut layan teletah awak. haih giler giler giler (i'm sorry i'm addicted)

Hari-hari saya tunggu awak muncul, bile dah muncul.. terasa haih.. suweettnye dia.. kemain sweet, husband kat sebelah nsib memahami.. so layan kan je bini tengah angau. Siap feeling2 bertepuk tampar kat husband nak bagitau awak suweet sangat. ahahha

Ok saya nak bagitau orang lain yang awak suweett melampau2 dalam Teduhan Kasih. awww.. haha
sweet jaga Iffah yang innocent tu.. protective dad untuk adam, strict pada pembuli iffah..

kan suweettt tu namanya.. haih..

kalau sehari missed, rasa tak keruan, kalau masak untuk berbuka kenela cepat2 siap then tercongok depan tv nak tengok betapa suweetnya awak dan iffah.. Haih Ihsan..


pinjam google lagi
(setiap hari isnin smpai khamis jam 7malam @ TV3)


Friday, June 7, 2013

Baking : Moist Choclate Cake with Choc Topping






Assalamualaikum (Salam Hari Jumaat yang Barakah)

aku suka makan kek.. tapi tak semua. Kek yang paling aku suke sangat adalah CHEESEEEEEECAKE.
SEDAP HINGGA MENJILAT DULANG hahaha.

ok sebenarnya aku bukan nak cerita pasal cheese kek, tapi nak cerita pasal kek coklat Moist.. eh tetiba..
(aku memang suka lompat-lompat cerita).

kek yang baru lepas kuar dari oven panas-panas...

yang dah siap topping bagai.. (packaging hebat macam nak pergi jual kek)

Aku ni tadelah hebat sangat sampai boleh masuk pertandingan masak atau menjual pun, setakat boleh lalu anak tekak husband dan kengkawan kira ok la tu.. kira da lulus la nak buat makan-makan heeee

semalam aku bawak kek coklat moist yang sangat2 banyak topping coklat yang aku letak.. perghh memang terbaik siap nangis-nangis time makan akibat terlampau kecoklatan. lelebey pulak angkut timba kan. sadis.

ni resipi


APA??

OK TADE RESIPI SEBAB AKU PAKAI TEPUNG SEGERA (brand whtie wing "moist choclate cake"). HUU MAAF

tapi tepung ni memang sedap. tak mahal pun, bawah 10rgt boleh dapat saiz kek yang mcm ala-ala 1kg.

kat bawah ni bahan aku buat topping ala-ala diba de diva kelassss hahaha


Bahan-Bahan topping

1 Sudu Butter (aku pakai Farmcows, semua kek atau biskut butter ni je aku pakai sbb dia tak rasa masin dan makanan akan jadi lagi sedap)

1/2 cawan Serbuk KOKO (brand tak ingat)

1/2 cawan susu pekat (aku pakai F&N)

1 bungkus baking choclate (macam kat gambar bawah)

1/2 cawan susu segar (aku pakai yang perasa coklat)

*extra aku letak CAdBury bagi lagi rasa lemak yang sedap (letak ikut suka nk banyak mane)

Cara masak :

masukkan butter dalam kuali dan cairkan, lepastu masukkan susu cair, coklat kacau smpai sebati, kemudian masukkan serbuk koko dan susu segar tadi. Kacau hingga masak (agak likat dan dah boleh buat topping).

ni antara bahan topping (tapi tak semua sbb lupa nak snap)



Wednesday, June 5, 2013

Mini Deco Bedroom





Assalamualaikum..


Kerja dah siap.

bosan melangut, otak tengah fresh so nak menaip sikit.. Exercise jari jemari dulu.


Hari sabtu ahad lepas tade buat apa-apa pun. Lebih pada Kemas rumah yang macam setahun tak pernah buang habuk. hamik kau.. sampai gatal-gatal kulit sapu sawang yang tak berapa nak nampak.

Dengan vacumn, sapu sawang, Mop lantai (ok tu perkara basic diba.. fine)

yang tak biasanya sisih barang-barang yang terasa tak nak dah. punggah dan sisih semua tu.. haaa.. dua plastik beg sampah yang besar tu... (nampak sangat aku jenis kumpul surat-surat tak penting dengan barang kecik)

Tips nak bersihkan rumah. Make sure kurung dulu anak-anak bulus a.k.a kucing kat bilik lain. kalau tak... korang akan dapat assistant merangkap tukang lap lantai lepas korang mop. sebab..... aku dah kena banyak kali... siap dapat signature cap kaki tiga.. stress..

bila dah kemas baru terasa OH RUMAHKU SYURGAKU...... sempatla deco-deco bilik, setakat susun atur balik je.. siap tampal-tampal sticker kat dinding.



Sticker ni beli dekat mini gerai area the curve. sangat-sangat sangat puas hati (nak tunjuk ia sangat berbaloi)
Harga affordable, dan part yang aku suka.. tak macam sticker lain background nya ada kaler putih la kaler lain la... tapi yang ni.. TRANSPARENT U'OLLS...... so tak kisahla dinding kaler apa pun.. lekat je,
Lagi satu sticker dia jenis tebal so tadelah terkoyak bile nak buka tampal buka tampal bekali-kali. Orang kedai cakap boleh tampal buka dua kali je, kitorang bekali-kali buka sebab tak center (tade penyukat tpaksa pakai selofantape.. tatau eja).  Tauke tu kata lagi, once korang dah tak suka atau dah jemu lepastu nak tanggalkan dan buang, just blow kan ia pakai hair dryer... sangat mudah....

suka-suka suka... sejuk rasanya nak tido malam-malam. heheh


Rumah akan datang nak deco-deco pakai sticker ni jugaklah. sekarang tak boleh deco over sangat, sebab kuarters.. haih...


Tuesday, June 4, 2013

Cerita aku setelah sekian lama..





Assalamualaikum


Alhamdulillah.. masih lagi panjang umur. Dah lama aku tinggalkan blog yang dulunya meriah buat aku untuk berkongsi segala idea (preparation nak kahwin)

lepastu tu berita gembira pasangan yang dah bertambah ahli keluarga memilukan aku.  Hati terasa ditampar dengan berita gembira mereka.  Aku tak pernah marah, cuma sedih.. kerana............ aku masih berdua bersama En. Hubby. Hampir 3 tahun Usia perkahwinan Kami. Macam2 kami lalui bersama, sekarang aku menganggap sahabat yang paling baik tak kira suka atau duka adalah suami ku sendiri.

Usaha?  dah.. tapi mungkin tak cukup. Doa? pun sudah... cuma............. belum pegi berubat di Klinik lagi.
Takut kalau2 ada yang tak kena antara kami..

Puas sudah air mata ni mengalir..

ayat kawan-kawan. biasalah, ada yang tanya samada merancang. (jawapan aku TIdak sama sekali)
ada yang suruh berurut (jawapan aku Sudah)
ada yang suruh Pergi Klinik (jawapan aku nanti, sebab takut hehe)

walau apa pun yang berlaku, aku tetap tabah untuk semua ini untuk suami ku...


B... sayang minta maaf andai sayang tak sesempurna dan sesolehah isteri yang B impikan.
sayang cuba yang terbaik untuk kita berdua..

Moga-moga, satu hari nanti Kita Berdua akan jadi kita Bertiga In Sha Allah..

Mohon kawan-kawan blogger doakan buat kami.. Teringin rasanya nak hidup bertiga (^^)


(di saat aku menulis blog, keadaan aku tak berapa sihat, alhamdulillah.. berharap ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil)

Tuesday, March 13, 2012

Cautions



This Blog is Under Construction

If anything annoying you..

Please be aware..



Sorry for any circumstances




Tuesday, February 14, 2012

Bila Tengok Orang Lain.. Aku MenyamPah Giler..

Selamat Pagi u0ls..

Ini entry cari pasal


bila aku blogwalking aku rasa menyampah tengok blog orang lain..
aku rasa cam.. heeee apasal dorang ni..

eh sekarang ni trend camni ke?? (nada cemburu tahap extreme)

aku tak bole la, aku suke blogwalking tapi bile dapat blog yang aku ase cam.. nak pegi jumpe owner blog then nak maki-maki. eh, pasal apa nak maki orang yang aku tak kenal lagi innocent..

ini berlaku sebab kebanyakan blog dorang cantik giler hokeh.. Mak jeloz uols.. JELOZ.. sebOt la betul-betul... J to d E to d L to d O to de Z.. ITs Jeloz.. hewhewhew

oleh kerana aku Lembab dan Gonjeng dalam hal edit yang menggunakan html tu.. so aku pasrah n giget bibir ketat2... tahan geram, tiap kali aku tengok blog aku (mesti cakap dalam hati "wat the Hekk" mcm hudus gilos). then ble google kat tenet, pastu buat cam dia suwoh.. slalu tak jadik.. Mak stress T___T


Aku sedey tengok blog sendiri.. rasa menyampah okeh.. hukss


aku tade plak member yang bijaksana dalam edit blog yang cantik tahap dewa.. huwaaa
sape yang sudi tukar background template yang comel2..sila la offerkan diri.. tapi free of charge, mak tade wet dlm acc buat mase ni.. huuuu

k bai

Thursday, February 9, 2012

SPontaneOuS ThURsDay,

Spontaneous Thursday

Assalamualaikum w.b.t



Ehermmm!!!! lamanye tak tulis apa-apa kat wall yang busyuk masyam ni..
kinda miss a lot..

recently bukan sebab sibuk atau apa, just wanna being silent reader for a while only.. :D
IM STILL ALIVE hokeh!! hahaha


Si Ibu (Comel)

Bulan lepas baru terima baby baru dalam famili kecik ni..
anak-anak yang lain hantar balik kampung, sebab ibunye tak dapat dibendung lagi kegatalan yang semakin menjadi2 (gatal nak mengawan). Anak pon hantar sekali balik kampung.. Tapi kelmarin dapat berita gembira plus plus berita sedih.. si ibu dah beranak, dapat dua ekor, satu hitam satu oren.. yang hitam si ibu makan (maybe sbb dia lemah kot) lepastu semalam dapat col, mother in law sedih, kali ni si ibu tidor atas anak dia yang oren tu, (MIL kata yang oren tu bulu da kembang macam anak dia yang first "chiko") akhirnya anak yang oren tu mati kelemasan.. hurmm tatau nak kata apa dah.. nasib baik budak-budak tu bukan kat rumah sini, kalau tak, msti jadi lagi sedih.. (-_-)"




sekarang ni dah tak risau sangat nak post apa-apa kat sini, orang tak ramai baca pon tape.. sekurang-kurangnya dah ada privacy huks..

sebelum ni guna networksblog, tapi da tak nak guna, sbb rasa macam da tak privacy.. T__T
so on, deactivate networkblog and i feel free to write about anything i like.. (^^)

Let me introduce you guys my new member of Famili..


It's a BOY.. It's so Fluffy... It's So Black!! and a little part of White..





HIS NAME IS PATCHY!!! tapi famili belah aku dengan Mentua semua pakat-pakat panggil SITAM ... nangesss T_T






ok tu je ak nak lepaskan gian tulis kat blog hari ni.. hehuehuhehu (^^)

Wednesday, December 21, 2011

DIY : DInner Outfit

Selamat pagi (^^)


Haritu kan aku ada cerita pasal dinner outfit (macam hebak je baju tu, padahal budak tecik pon boley buat T__T )

tapela, kalau rasa korang punye idea lagi hebakk tayahla belek-belek hahaha
jujur ak cakap, baju ni bukan idea aku seratus peratus tapi aku agak tertarik dengan pakaian sorang Blogger yang Famous amos.. ak kan hanya picisan..
Blog Syazwani Hamid (dia memang awesome!!!) banyak beauty tips, I loike (^^)

untuk DIY ni ak malas nak cakap banyak.. ak letak gambar dan note kan sikit-sikit.
kalau tak paham sila la komen yea.. :D


Jom Kita Mula.. (^^)

1st Baju yang kosong plain colour or abstract colour (tak kesah, janji sesuai)



2nd. Benang dan Jarum (warna benang ikut warna bunga ataupun warna baju)



3rd. Bunga yang ada pada pengepit rambut (beli dekat booth kecil2 yang jual aksesori rambut)



4th. cabut bunga dari penyepit rambut tu, jangan risau sebab dia cume gune gam tembak, so senang nak rentap (maaf I ganas sikit :D )



5th. buang kesan gam yang ada pada bunga, nanti susah nak jahit kalau tak buang



cara-cara : susun bunga ikut kreativiti korang, tandakan mane nak letak, jahit satu persatu, camtumkan jahitan tu supaya bunga tak lari atau berubah tempat (nampak elok sikit terletak je), lepastu siap!!!


Hasilnye (ni lepas dinner, walau kite duduk mcam mana sekalipun, bunga tetap maintain gojes u.. hahha





SELAMAT MENCUBA GURLS !!!!

Link

Monday, December 19, 2011

Teaser : Dinner Outfit (DIY)

Salam Petang U ols..




Just Nak tunjuk baju yang da siap..

harini lupe nak bawak kabel nk transfer pic step by step untuk gubah baju tu.. heee sowi2..





da Sedia ke??











meh..










tapi malu.. sebab I tak comel.. (cume comel sebab bambam )














sedia....




















tada




CAK!!!


BAJU BIRU YANG DAH DIUBAH SUAI
(p/s : malam tu baju ni dapat undian sebagai Baju Terbaik dan Mengikut Tema)
so Saya menang, Crown tu berat kot.. hee






BAJU NI DAH DIBUANG BUNGANYE SIKIT, SEBAB NAK NPK CAM KASUAL...

cUME tIGA kUNTum



ESOK LUSA I UPDATE STEP BY STEP, DOAKAN I BAWK KABEL.. HAHAHA

Friday, December 16, 2011

BerJimBa DI Malam Hari with .........

Salam Petang Jumaat uols..

Malam ni ad Ladies Night Out.. tapi anjuran my deparment..



Tema : Flora Fauna Hutan Rimba.. ok tipu, tema dia Flora jer..


so I decide nak DIY my Own DInner Dress (just customize sikit2, baju ofcourse la beli)



afta afta dinner I will shows u guys, how to Make ur simple outfit to Glamorous (^^)


tata titi tutu.. :D

Wednesday, November 16, 2011

Wordless WedNesday



Selamat Petang!!!



Lamanye tak update blog... seru rajin tu belum sampai lagi. tapi ni nak buat Hari Rabu Tanpa Kata-Kata (tapi ada gak ayat lain hurmm)





























BILA DI TERBALIKKAN CUBA KORANG SEBOT BALIK....




















DAH KE??


































MALAM NI I ADA DATE DENGAN hUBBY..













DA LAMA TUNGGU
























AKHIRNYA...









































TU DIA!!!





























































HAPPY FEET IS ON CINEMAS









Wednesday, October 19, 2011

SUMPAH AKU TERINGIN!!!


AKU TERINGIN SANGAT SAMPAI TAHAP TAK TERKATA













NAK PERGI TEMPAT MACAM KAT BAWAH NI DALAM WAKTU TERDEKAT















CAMERON HIGHLAND






GENTING HIGHLANDS


SILA LA BAWA AKU PERGI BERCUTI DISINI... SILA LA....








HUWAAAAAAAAAAA BILA TERINGAT TEMPAT2 NI.. AKU MACAM HISTERIAAA.. T___T

Tuesday, October 18, 2011

JatUh Cinta LaGI..

Salam Petang u0ls

semangat aku nak update blog.. gian agaknye. Korang pernah tak? suatu hari korang jadi teruja, Hati berdegup Kencang, Mata bersinar-sinar, Muka ala-ala glowing, lepastu korang cakap "ya, ini la yang ku cari selama ni..."













aku sekarang ni tengah jadi macam kriteria yang aku tulis kat atas..





YES AKU JATUH CINTA..
















TAPI YANG NI LEBIH BERMAKNA























UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK...






















AKU JATUH CINTA DENGAN BLOG INI (MENGEMAS RUMAH)













BANYAK TIPS & INFO YANG BAGUS.. AKU SUKA SUKA SUKA SANGAT..







TERIMA KASIH ATY FARED, SBB LETAK BLOG NI DALAM BLOG LIST AWAK, KALAU TAK.. NTAH BILE2 PUN SAYA MACAM BEBAL NAK URUSKAN RUMAH.. HEHE

APA NI?? apa ni??

Assalamualaikum dan selamat pagi selasa uols..



Berabad berkurun aku nak update pape nak update kat sini..
macam biasala benda nak dicerita ada.. tapi aku malas nak transfer pic dalam phone ke pc, pstu edit bagai, pastu nak tunggu line internet yang lembab bak sipot krohh krooohhh.. aihhh lame-lame aku fadeup, bile da fadeup, semangat tu hilang, idea terus hilang ditelan oleh masa.. lepastu tenung jela fesbuk lelame.. wlpun perkara yang dorg hapdate tu perkara yang sama.. klise giler.. ahh strees lagi..

nak update blog gune henpon xbes.. skrin kecik, lepastu tu aku ni bangsa lembab nak menaip kat touchscreen tu.. kejap2 typing error, kau bayangkan kalau 100 patah perkataan tu, lebih kurang 50% jadi typing error.. kau tension x? kalau aku xpayah cakap la.. memang tension giler.. fadeup je, malas nk update dah.. tidor lebih baik.. xpun bancuh kopi 3in1.. biar segar bijik mata tgk screen kecik2 ni..

konon nak update kat upis sebab dia ada keypad kalau kite taip yang bole dengar sampai ke kaunter (ketak ketok ketak ketuk), sbb dia kasi feel.. korang ada xfeel mcam ni?? kalau tade tape, biar aku perasan sorang2.. iols tak kesah.. (^^) pastu desktop kan besar.. so senang la bagi aku yang rabon ayam ni tengok puas-puas.. apa yang aku tapi kat draft post. TAPI.. AKU RASA SEMINGGU AKU RASA MALANG.. internet pulak problem.. haduh, cam mati kutu pulak aku biler tade internet.. (orang da biasa dengan internet ni, kalau tade dia macam penagih..-aku punye pemikiran-) aku tak bole dengar lagu yang same berulang, lagi2 kalau lagu tu aku rasa da bosan.. mau hati aku macam serba tak kena je.. lepastu kerja pon strees.. (aku ni bangsa cepat stress kut, sume menda nak stress hummph)

Bila ada internet ni aku suke pasang radio yang bole gune on9, upis iols tade radio, lepastu giler ke nak pasang lagu kuat2, da la blik aku dekat dengan kaunter pelanggan, karang orang luar datang ingat ni kedai runcit pulak pasang lagu bagai nak rakkk..

SO DENGAN BANGGANYA AKU NAK BAGITAU, INTERNET UPIS AKU DA OK!!! LEPASTU DENGAN BANGGA NYE AKU POST BUAT SEKIAN KALI...

HAHAHAHAHAHAHA





OK ... iols nak sambung kerja #TDDMKA T___T

Friday, September 30, 2011

Hari Ni seeeeeeeeeeNYUM Lebar-Lebar Je

Assalamualaikum... (^^)




tak nak cakap banyak..
scroll bawah je..












*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*


*

(^^) sikit lagi Plezz
















*



*



*



*




Berbunga-bunga sangat la hari ni.. SYukur





*


*



*


*

*


*


*


*


pinjam pakcik google punye.. :D








ni pun pinjam pakcik google, sebab hepi sampai tade idea..





Doakan yang terbaik buat kami di dunia dan di akhirat yea.. (^^)

Monday, September 26, 2011

Sampai TAk terUngkap dengan Kata-Kata

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi..

lepas macam-macam yang aku harungi dalam tempoh ni, banyak sangat yang aku rasa kurang.. terutamanya dalam diri aku... teringin nak jadi macam SuperWoman..
tapi aku tak mampu, balik kerja je terasa letih satu badan, kadang-kadang sedih bila tak dapat sediakan ruang selesa buat En.Hubby.. Kadang-kadang terasa khilaf sebab tak dapat sediakan makanan yang istimewa buat santapan dia.. aku bukannye pandai masak sangat pun, jenis masak simple2 aku tau la.. En.Hubby selalu kata tak kisah, tapi aku sendiri rasa bersalah..

Da nak dekat setahon baru dapat duduk sama dengan En.Hubby... tapi dia sekarang lagi bizi dari selalo.. banyak program dekat tempat kerja dia, so aku kenela berkorban. walaupun dalam hati berat sangat nak bagi dia buat kerja sampai lewat malam.. sekali lagi alhamdulillah rezeki datang, takkan nak tegah dari menambah rezeki kan?




Bulan ni syukur sangat-sangat.. sebab genaplah SETAHUN usia perkahwinan kami.. walaupun kami tak sambut, tapi dengan adanya dia di sisi, itu cukup memadai buat aku. Bulan ni jugak ada rezeki lebih.. (^^)

En.Hubby da bagi hadiah awal-awal.. walaupun bukan seperti yang aku harapkan.. ia lebih dari aku jangkakan... Syukur sangat.. Terima kasih En.Hubby (^^)
Maaf sebab tade hadiah nak bagi kat B.. (T__T)



No Words can Describe how I appreciate This (^^)

Monday, September 19, 2011

Bridesmaid, FlowerGurlz.... Grooming

Assalamualaikum wbt...
Pagi ISnin..



Hari ni agak disaster kut, sebab perot asyik memulas jerk.. bile jumpe Dr.TAn, tade plak dia nak berkerjasama.. Penat bertapa jela.. Hurmm
Lepastu transfer pic dalam Phone ke PC, tapi hampeh xbole rotate. last-last upload pic kat FB dulu, lepastu download, then rotate.. adoi.. cam tade keje je nak buat camtu.. letih okeh.

Pagi tadi kaki ku krem giler2, paling kuat krem belah kiri, mana taknye 3hari berturut2 aku banyak berdiri.. tapi walaupun aku sakit2 badan, aku rasa puas hati sebab dapat tolong semampu yang bole untuk wedding sis in law.. (^^)


Untuk wedding ni aku tolong groomingkan sis in law aku yang jadi bridesmaid.. tapi aku bab makeup jela.. bab rambut aku tak pandai.. lagi satu aku tak cukur kening dia, aku just samarkan dan rapikan guna pencil concealer..



meh aku tunjuk hasilnye.. (^^),



aku tau aku tak pro kan, so aku cume bole buat mana yang aku mampu..






ni muka tuan punye blog, gambar tak jadi,
muka aku harusla aku y makeup sendiri ye dak.. hehe




bridesmaid sebelum di grooming..





after : ni untuk majlis persandingan



after : ni untuk majlis bertandang ke rumah lelaki




ni flower gurlz, bayangkan 7 orang semuanya aku kene touchup dalam 2jam cmtu la.. mne la tulang belakang n kaki aku tak krem.. T____T
aku buat ala-ala barbie (aku tau tak jadi.. tu je yang aku mampu)



ni pulak sis in law aku.. makeup xbrapa nmpk sgt.. huuu sbb camera phone..