Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Wednesday, June 5, 2013

Mini Deco Bedroom





Assalamualaikum..


Kerja dah siap.

bosan melangut, otak tengah fresh so nak menaip sikit.. Exercise jari jemari dulu.


Hari sabtu ahad lepas tade buat apa-apa pun. Lebih pada Kemas rumah yang macam setahun tak pernah buang habuk. hamik kau.. sampai gatal-gatal kulit sapu sawang yang tak berapa nak nampak.

Dengan vacumn, sapu sawang, Mop lantai (ok tu perkara basic diba.. fine)

yang tak biasanya sisih barang-barang yang terasa tak nak dah. punggah dan sisih semua tu.. haaa.. dua plastik beg sampah yang besar tu... (nampak sangat aku jenis kumpul surat-surat tak penting dengan barang kecik)

Tips nak bersihkan rumah. Make sure kurung dulu anak-anak bulus a.k.a kucing kat bilik lain. kalau tak... korang akan dapat assistant merangkap tukang lap lantai lepas korang mop. sebab..... aku dah kena banyak kali... siap dapat signature cap kaki tiga.. stress..

bila dah kemas baru terasa OH RUMAHKU SYURGAKU...... sempatla deco-deco bilik, setakat susun atur balik je.. siap tampal-tampal sticker kat dinding.



Sticker ni beli dekat mini gerai area the curve. sangat-sangat sangat puas hati (nak tunjuk ia sangat berbaloi)
Harga affordable, dan part yang aku suka.. tak macam sticker lain background nya ada kaler putih la kaler lain la... tapi yang ni.. TRANSPARENT U'OLLS...... so tak kisahla dinding kaler apa pun.. lekat je,
Lagi satu sticker dia jenis tebal so tadelah terkoyak bile nak buka tampal buka tampal bekali-kali. Orang kedai cakap boleh tampal buka dua kali je, kitorang bekali-kali buka sebab tak center (tade penyukat tpaksa pakai selofantape.. tatau eja).  Tauke tu kata lagi, once korang dah tak suka atau dah jemu lepastu nak tanggalkan dan buang, just blow kan ia pakai hair dryer... sangat mudah....

suka-suka suka... sejuk rasanya nak tido malam-malam. heheh


Rumah akan datang nak deco-deco pakai sticker ni jugaklah. sekarang tak boleh deco over sangat, sebab kuarters.. haih...


Wednesday, December 21, 2011

DIY : DInner Outfit

Selamat pagi (^^)


Haritu kan aku ada cerita pasal dinner outfit (macam hebak je baju tu, padahal budak tecik pon boley buat T__T )

tapela, kalau rasa korang punye idea lagi hebakk tayahla belek-belek hahaha
jujur ak cakap, baju ni bukan idea aku seratus peratus tapi aku agak tertarik dengan pakaian sorang Blogger yang Famous amos.. ak kan hanya picisan..
Blog Syazwani Hamid (dia memang awesome!!!) banyak beauty tips, I loike (^^)

untuk DIY ni ak malas nak cakap banyak.. ak letak gambar dan note kan sikit-sikit.
kalau tak paham sila la komen yea.. :D


Jom Kita Mula.. (^^)

1st Baju yang kosong plain colour or abstract colour (tak kesah, janji sesuai)



2nd. Benang dan Jarum (warna benang ikut warna bunga ataupun warna baju)



3rd. Bunga yang ada pada pengepit rambut (beli dekat booth kecil2 yang jual aksesori rambut)



4th. cabut bunga dari penyepit rambut tu, jangan risau sebab dia cume gune gam tembak, so senang nak rentap (maaf I ganas sikit :D )



5th. buang kesan gam yang ada pada bunga, nanti susah nak jahit kalau tak buang



cara-cara : susun bunga ikut kreativiti korang, tandakan mane nak letak, jahit satu persatu, camtumkan jahitan tu supaya bunga tak lari atau berubah tempat (nampak elok sikit terletak je), lepastu siap!!!


Hasilnye (ni lepas dinner, walau kite duduk mcam mana sekalipun, bunga tetap maintain gojes u.. hahha





SELAMAT MENCUBA GURLS !!!!

Link

Monday, December 19, 2011

Teaser : Dinner Outfit (DIY)

Salam Petang U ols..




Just Nak tunjuk baju yang da siap..

harini lupe nak bawak kabel nk transfer pic step by step untuk gubah baju tu.. heee sowi2..





da Sedia ke??











meh..










tapi malu.. sebab I tak comel.. (cume comel sebab bambam )














sedia....




















tada




CAK!!!


BAJU BIRU YANG DAH DIUBAH SUAI
(p/s : malam tu baju ni dapat undian sebagai Baju Terbaik dan Mengikut Tema)
so Saya menang, Crown tu berat kot.. hee






BAJU NI DAH DIBUANG BUNGANYE SIKIT, SEBAB NAK NPK CAM KASUAL...

cUME tIGA kUNTum



ESOK LUSA I UPDATE STEP BY STEP, DOAKAN I BAWK KABEL.. HAHAHA

Friday, December 16, 2011

BerJimBa DI Malam Hari with .........

Salam Petang Jumaat uols..

Malam ni ad Ladies Night Out.. tapi anjuran my deparment..



Tema : Flora Fauna Hutan Rimba.. ok tipu, tema dia Flora jer..


so I decide nak DIY my Own DInner Dress (just customize sikit2, baju ofcourse la beli)



afta afta dinner I will shows u guys, how to Make ur simple outfit to Glamorous (^^)


tata titi tutu.. :D

Friday, July 16, 2010

DIY Bunga Penanggah

Morning..
Pagi ni aku tak moody, sebabnya barang hantaran aku dah nak makin settle..
weeeee....
nak kene hunting lagi 2 barang je...

1. Handbag
2. Cadar katil


see.. 2 je lagi..

Ok kita skip cerita preparation kahwin yea.

sekarang ni aku nak tunjuk macam mana aku buat Bunga penanggah tuk kenduri aku nanti..

1. Bahan-bahan yang aku gunakan




Jarum Peniti


Template bunga


Kain felt


Jarum dan Benang


Kapas

2. Cara-cara buat Bunga Penanggah





Potong kain felt ikut bentuk template.Dekat sini aku tunjuk dua bentuk, yang kecil dan yang besar..


Semua tu di cantumkan dengan jahit batas ubi..
aku buat time rehat ek... tak kuasa nak buat time kerja...


aku lupa nak ambil gambar dekat waktu aku jahit.. heeee


dan inilah hasilnya..
soryla takdelah kemas mana, sebabnya aku bab menjahit memang fail...

pandangan bahagian belakang dari jarak dekat


pandangan sisi


pandangan belakang dari jarak jauh




Ini template bunga yang aku guna..

Ok. selamat mencuba.. hehe
maaf lah kalau hasil kurang memuaskan..
sesungguhnya aku tidak mempunyai hati seni..
saja gedik-gedik nak buat..
(^_^)


Thursday, June 10, 2010

Siap!!!!


Yeay tepuk bintang banyak-banyak kali..
akhirnya siap juga apa yang aku cuba buat..
walaupun tak betapa tekun
tapi oleh kerana minggu ni nak balik kampung
harusla untuk aku menyiapkannya...

Lompat tinggi-tinggi
weeeeeeeee
senyum lebar-lebar
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

mempersembahkan....





pomander ball!!!! (baru siap 2 je..hahahaha)


dari pandangan sini


pandangan yang macam ni


dan yang ini..


tak lawa pun... janji aku mampu buat.. hehehe
pastu aku tetibe pulak terasa nak wat bentuk Heart kat tengah-tengah..
(~_~)
so jadilah macam gini...