Wednesday, August 25, 2010

OK tak???

Salam u ols.. dah lama tak update..
kebizian dengan kerja..


santapan wajah hari ni..



korang rasa ok tak kalau aku pakai ala-ala arab time nikah..
korang tengok muka aku betul-betul
pastu korang tengok muka aku kalau pakai purdah
purdah ofcoz kain jarang
baru muka nampak seksi..
hehehehe


so.... ok tak???

Monday, August 23, 2010

BohSan

Sabtu ahad aku langsung takde buat apa-apa..
bohsan gila..
hari sabtu mengadu kt en.tunang...


tapi hari ahad.. gaduh ngn en.tunang..
sedih sangat..


menangis dari pagi sampai petang..
hari ni mata bengkak..

tapi nasib baik dah ok..
huhuhu


en.tunang taknak gaduh-gaduh.. penatlah...
penat mata ni nak perah air mata..
sakit kepala dibuatnya...












ENCIK TUNANG
KITA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT
(saje letak entri gedik hehe)

Friday, August 20, 2010

PErgi KaU TOkSiN!!


Santapan wajah hari Jumaat ni..
hehehe




Ni amaran tau, kalau rasa anda jenis Cepat Geli Geleman
Pantang nampak benda buruk lepastu rasa nak muntah
sila jangan baca post entri hari ni...

Aku ada beli nyahtoksin sticker dari kawan ofis.
saja nak cuba.. yang dah cuba kata bes
aku pun nak jugakla
so malam tadi sebelum nak tido
aku tempekla kat tapak kaki aku

kebaikan yang diorang bagitau
- untuk membuang toksin dalam badan
- untuk mencantikkan dan menghaluskan kulit
- melancarkan peredaran darah (sebab toksin dah kurang)
- membuang selulit (lemakyang sebab kita gemuk)
- mengurangkan berat badan


(semua diatas tu, diorang yang cerita dekat aku)


meh aku tunjuk Detox yang takde jenama okeh!! (yang penting berkesan)!


ni bahan-bahannya (yang besar tu pelekatnya, yang kecik tu herbanya)
Ya ampun... bau dia.. memang menyengat hidung ku


ni la herba yang tarik toksin tu


lekat macam ni


pastu lekat dekat kaki...



Ok... kan aku dah kata AMARAN
kat bawah sekali ni gambar yang kurang menyenangkan
Gambar toksin aku yang dah keluar... okeh..
sangat geli..
tapi nak jugak bagitau..
toksin dalam badan aku.. memang banyak
sebab tulah jerawat kat muka aku susah sangat nak surut....
so sebelum sampai majlis aku...
better aku serikan wajah dengan cara macam ni...
hehehehe





JANGAN TENGOK KALAU ANDA SEORANG PENGGELI













NI TOKSIN AKU!! BANYAK WEH...

p/s : aku dah pesan, aku tak jamin tau kalau korang dah termuntah depan pC!!

Thursday, August 19, 2010

Pantang dengar PerkataaN KURUS!!

Ha gara-gara aku dengar boleh untuk buat bakar lemakla..
turunkan berat badanla..
cepat je tempah jugak
benda ni memang panas.
ramai akak-akak ofis aku beli
elok untuk kesihatan badan katanya..

bila dah dapat...
hepi bukan main. Terus aku testing, sebelum testing kenela cas dulu
bila dah cas baru la berkesan..
memang bagus untuk panaskan badan
lebih-lebih lagi ofis aku ni dah macam duduk dekat Dunia Ais!!

soh seh soh seh
aku tak tunjuk pun kan..
hehehehe
saja nak suruh korang baca dulu baru tengok gambar...

tara...











Tungku Moden..
Cas gune plug sumbat dekat outlet.
hehehe

serious panas sangat
kalau nak letak lama-lama kenala ada lapik
nampak button tu?? itulah tempat cas tungku moden ni




ni aksi-aksi menahan panas tungku tu.
hehehe

aku sentiasa bawak pergi balik ofis, sebab beli satu je..
balik umah aku bawak, pergi ofis pun aku usung. ngeeee
(^_^)

makan-makan



Dulu aku ada cerita yang first day puasa aku makan apa kan..
dengan cerita aku balik kampung...
seyes aku bagitau.. kalau kat umah sendiri..
langsung takde perasaan nak pergi bazaar
tapi kalau balik kampung, ha macam-macamlah request aku
nak itu la.. nak ini la..
tapi time buka habis pun tak.. ekekeke
saja. (nafsu makan yang over)

meh aku tunjuk apa aku makan time first day puasa..


ni yang kat pinggan aku..
sorry la gambar kurang sebab flash..


ni makanan keseluruhan.. (masak moy)


ni membe aku yang temankan aku berbuka puasa...


ok. ni pulak cerita aku makan kat kampung

antara makanan yang terhidang..




fav aku kalau balik kampung sudah semestinya MEE SUP
yum yum...

sekian...
dah selesai cerita makanan...
so nak aku cerita apa pulak lepas ni..
ada......
tapi tungguu....


p/s : cerita pasal makan aku rasa lapar lak, pagi td tak smpat sahur..

Wednesday, August 18, 2010

Bila bosan aku suka baca cerita merapu

Asal usul hantu

Asal usul hantu… Ngeri tak tajuk ni? Hahahahaha.. Jom kita tengok..

1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya… … .kegemarannya mencuri kuih kuih raya. Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2.Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang. Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu, dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam. Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung - Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang… ..kung', jadilah Hantu Jerangkung. Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le ada lagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak - Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr. Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak - Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun, anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak… Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung. Hebohlah satu kampung 'Lari..lari… ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu… ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita… kaki cong le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

Ingatkan lama lagi

ingatkan lagi Dua Bulan..
so macam relaks-relaks la lagi...
tunggu hari berganti hari...
heheheheheh (bak kata hati aku, macam tak rasa nebes nak tawin jerk)

tengok kat wedding ticker urmmm
ala lama lagi..
kan lama tu... cuba tengok ni..



lama lagi kan... sebulan lebih lagi..

(sila scroll ke page bawah.. hehe)

tapi bila check hari.. (43 hari lagi)
gulp gulp..

mak aih.. macam kejap je dah nak kahwin..
ngeeee
seyes macam.. psiko
sebabbbbb.....

1. berat still belum dapat yang aku idamkan
2. Muka tak licin macam porcelain lagi (padahal dah penat nak godek muka, hasil tetap sama)
3. lagi 40% preparation tak siap lagi..
4. Bekas hantaran tak beli lagi...
5. borang tak siap hantar lagi.. (oh en.tunang sila selesaikan borang awak minggu ni yea)

Tuesday, August 17, 2010

NAK outdoor photoshot Tempat Macam ni

Post ini khas untuk encik tunang kesayangan saya

En. tunang.. boleh tak kalau kita amik gambar kat kawasan macam ni...



teringin..
gambar cantik..
boleh la..
tempat ni xjauh dari dewan kita sanding..
ni dekat taman ipoh..
ala.. taman D.R. ipoh.. ni taman jepun..
kita dah tengok kawasan tu..
memang cantik (dalam gambar cantik la)
rasa-rasanya dah macam-macam idea keluar untuk photosht kat situ...

hehehe

plesssssssssssss
sayang kita tak? (ayat minta belas kasihan)

Cerita wekeend

Salam u ols

dah seharian aku tak blogging, semalam aku cuti
penat sangat balik dari kampung
terkejar-kejar nak settlekan semua
hari sabtu aku pergi jumpa tok kadi
sebab nak wat sesi tanya-menanya
pening jugakla nak kene settlekan...
28 Ogos 2010 aku nak kene pergi jumpa lagi tok kadi tuh
nak bawak saksi jumpa tok kadi
pastu 30 ogos 2010 aku nak g pejabat JAIS kawasan aku nak semak dengan dapatkan surat perintah Nikah (macam bes je dengar ayat surat perintah nikah.. hehe)

31 ogos 2010 aku kene jumpa lagi tok kadi nak isi borang tok kadi pulak
time tu.. en.tunang perlu datang sekali

tu plan untuk dua minggu lagi
hari ahad aku cuba jahit langsir umah aku kat sini
tapiiiiiiiiiiiiiiii
aku tak kisah kalau aku jahit tak kemas..
sebab aku memang tak reti menjahit.. (so aku tak perfect ok)
last-last mak aku pujuk untuk hantar langsir tu hantar kat rumah kawan dia
ngeeee
(padahal dari awal mak aku suruh hantar umah orang, tapi aku degil nak jahit sendiri )


so tunggu minggu depan ek.. hehe

aku nak cerita juadah aku berbuka..
tapi tak bawak kabel nak sambung phone ke pc lak..
so esok jelah aku cerita yea..
bes.. lauk2 dia..
sampai sekarang aku rasa nak makan benda tu lagi..
slurrrppp
hehehe

(mood ngah tak baik.. kemalasan dah tahap melampau)

Friday, August 13, 2010

oh nO!!

ingat kan aku ni jenis kurang berblogging..
aku jawab apa yang aku rasa je
ni jawapan yang dia bagi..

70%How Addicted to Blogging Are You?

Created by OnePlusYou - Free Online Dating




korang tak nak test ke?
best jugak jawab kuiz ni.
(^_^)

Kerinduan

Dah lama aku tak dengar bebelannya
dah lama aku tak tatap wajahnya
dah lama aku hanya meluahkan rasa sayang melalui telefon
dah lama aku mengambil berat tentang dirinya jauh disini

aku rindu terlampau rindu..
sayu bila dah lama tak ketemuan..
sob sob sob...

hari ni hati ku merintih gembira...
aku akan dekat disampingnya...
akan aku jaga diri nya dekat sisi ku..
akan ku belai kulit-kulitnya...
akan ku ucapkan kata-kata indah buatnya..

ini keranaaaaaaaa
aku nak balik kampung..
nak jumpaMAK..
ekekekeke
nak dengar bebelan dia dari jarak dekat..
masyuk.. ahahah (mereng)
paling penting..
mak masak mee sup soO000dap!!!
hehehehe

o O o O balik kampung o000 balik kampung..
hati girang.. (poyo je lebih, padahal baru 3 minggu tak balik)
tapi balik bukan untuk bersenang lenang..
banyak kojo den..
takpe.. nak kahwin punya pasal.. aku sanggup..
semangat lebih ni..

Mak tunggu kepulangan anak mu yang manja & nakal ni..
hehehehehe
x0x0

p/s : balik malam , sebab tumpang big brother...

Thursday, August 12, 2010

Pendapat??

Apa pendapat korang kalau ada orang nak sponsor kek kahwin??
kebanyakan mesti kata ok..
aku pun kata ok. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii
takut.. sebab yang nak sponsor tu..
diorang buat sendiri..

kalau orang yang berpengalaman aku tak kisah.
tapi student..
ok.. skip aku cerita ek..

minggu lepas akak aku mesej
katanya ada student tempat aku belajar dulu nak sponsor kek (kira junior la)
yang penting aku tak kenal dia
dan diorang bukan dari Jabatan aku
aku ingatkan diorang kenal Mr. bb aku
yelah Mr.bb aku kerja kat tempat aku belajar dulu..

rupa-rupanya..
mak cik budak tu cegu satu sekolah tempat kakak aku kerja
diorang nak buat final projek
projek!!!! oh adakah perkahwinan aku satu testimoni??
student tu pulak dari corse Hotel dan Katering
should i believe on theM??

errr pasrah..
Mr.bb kata tak kisah..
lepas tu aku decide, kek tu aku nak time aku nikah..
sebab hari reception dah ada kek..
dah tempah dah..


so boleh tak kalau nak kek macam ni..


macam ni...
(sory senget, macam tuan belog ni jugak.. mereng)


macam ni???????
hehehehe
(demand... ngengada la perempuan ni)


Wednesday, August 11, 2010

Isu Semasa

Seronok tengok gubahan hantaran ex-B2B yang DIY
rasa macam bagi inspirasi je..
ada yang menggunakan bekas hantaran yang tak pernah terlintas dalam kepala atau lebih dikenali ' mana ada orang yang buat guna bekas tu... gila?'
(bukan niat nak mengkeji.. tapi... jujur aku katakan semua hasil diorang marvelous!)
5 bintang untuk ex-B2B yang DIY..
yang tempah tak kurang hebatnya...
sebab nak tempah dekat tukang gubah kene tengok hasil yang lepas-lepas.
betul tak..?

sebabnya masa aku tunang aku tempah je..
malas nak pikir panjang
tapi sekarang ni lain pulak..
aku ingat nak gubah sendiri je hantaran..
agak-agak aku boleh ke?
tapi aku nak buat memang simple sangat.
cucuk-cucuk bunga dalam bekas
letak barang kemas-kemas
pastu letak je dekat tempat letak hantaran

nasiblah..
aku dah riki-riki fresh flower dekat kampung aku
nasib baik ada, tapi takut jugak
kalau-kalau bukan gred A
aku pasrah jelah...
terima jelah yea Mr.bb..
akui je yang bakal isterimu ni nak save budget...

takpelah...
hantaran aku bagi masa nikah,
so tak ramai yang tengok...
(dasar segan nak tunjuk hasilnya yang bakal nampak hodoh)

Sekian...

korang macam mana? ok tak kalau aku just DIY je..
ke nak tempah..
pening ni....

1 Day Puasa

selamat pagi semua..
cayunk cikit.. ehehehe

hari ni ceria takdelah sangat..
tapi yang penting taknak marah-marah..
kene jaga keserian wajah (berseri la sangat.. weekk)


pagi tadi nak sahur terbangun lambat..
jam 5.30 pg. kelam kabut cedok nasi dengan bancuh air
makan pun terkocoh-kocoh
tak kunyah terus telan.. (tipu je, kunyah sikit2 je)

malam tadi hangout dekat umah membe..
rasa macam duk kat asrama pulak..
mana taknya.. membe yang satu kelas, takpun yang sama belajar dulu..
kebanyakannya duk kawasan perumahan yang sama.
cuma blok je lain-lain..
bes sangat... nak pergi umah membe je just jalan kaki..
ahahaha (saje nak bagi korang jeloz ngeee)

kitorang sembang pasal diri masing-masing..
yang nak kahwin dengan cerita pengantin baru..
hehehe
bila dengar.. rasa macam tak sabar pulak
(gatal dah melanda, sila tampar)

hubby mrs uyun kerja syif.. so kitrng decide nak buka rotation..
malam ni berkemungkinan umah aku dulu..
ngeh ngeh ngeh.. masaklah korang aku suruh bertukang kat dapur...
masak simple2 sudah..


weee suke..
tanx gurls....
love both of u..

malam ni masak yang simple je ek..
sebabnya aku seorang pemalas..
ahahaha
kalau nak lebih2,
korang yang masak..boleh???
hehee

Tuesday, August 10, 2010

SAHUR&BERBUKA

Sebelum terlambat aku nak ucapkan
selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak



Sementara aku masih bujang tapi tak available ni..
tahun ni aku puasa gamble je...
tak yah penin2 nak pikir nak masak apa tuk sahur dengan berbuka
hahahahahah

masa aku pergi kursus dekat terengganu 2 minggu lepas..
aku dah plan nak makan apa untuk sahur dengan buka
hahahah

Pengumuman yea..
aku ni malas nak masak bila datang time pose..
so.. inisiatifnya..

jeng


jeng


jeng

aku beli lauk segera je...
ahahahaha
aku ni jenis simple sangat.. tak memilih makan
kecuali dengan certain makanan..ngeeeee
(hampeh, kate tak memilih.. sila lempang..)

aku beli serunding daging kat terengganu..
beli setengah kilo ahahaha
cukup untuk sahur sebulan..
ha kan aku dah kata lauk segera

pagi aku akan makan


nasi


dengan serunding je....
lauk extra yang simple akan dipertimbangkan kelak...


untuk berbuka pula..
aku ingat just makan bijiran dengan susu je...

sebab...
nak diet....
tu la kelebihan ramadhan bagi aku..
tapi masalah dekat aku ialah masa balik kampung memang tak boleh tolak masakan mak...
ummmpppph... no rejection.. mesti makan sampai tak muat perut...
huuuuuu


Muh hunny sugar plum pluffy

semalam baby aku buat hal..
aduh.. tak pasal-pasal kene mop lantai satu umah..
tapi 2 hari lepas, tak tahu lah kenapa dengan dia..
dari pagi sampai ke pagi esoknya dok mengiyau je..
tension gilos..
Dah sampai tahap gatal die, pantang dipegang badan dia
habis vibrat satu badan.. ahahahha
pastu duk tonggek2 kan b****t
paling tension bila gesek-gesek kan b****t kat aku...

first time bela baby girl..
so aku dah cuak, siap call big brother lagi..
tanya apa pasal jadi macam ni...
suara nak mengawan dia punyalah kuat..
risau je kalau jiran aku marah...
aduh...
nak letak kat kampung aku tak nak...
sayang gila aku ngan dia...

dah anggap macam anak dah...
dia lah tempat aku ketawa bila aku sedih..
geli hati bila tengok aksi lincah dia...
yang penting
aku amat amat sayang kat dia....

sampai masa aku terpaksa menahan dia dari pregnant..
sebab aku tak dapat nak bela kucing yang banyak...
maaf kan aku sayang...
tapi ini untuk kebaikan mu..
(just suntik je... tak buat apa-apa pun)
harap kalian tidak marah padaku...
( - _ - )


my sugar plum (chomel)

mumy sentiasa sayang kamu..
nakal-nakal kamu mumy tetap sabar..
kerana kamu permata hatiku..

Monday, August 9, 2010

Speed typing

Jom aku cerita laju-laju pasal wedding aku..
keh keh keh..
macam lah gempak sangat noks..
layan jelah ek..
hehehe

yang dah settle sekarang ni..

1. Beg hantaran dah beli.. (akhirnya dapat beg idaman.. )
2. HiV dah buat (keputusan negatif.. syokk... boleh kawin dah)
3. Borang dah isi.. minggu ni balik kampung tuk booking tok kadi
4. Diet makin menjadi.. (sebab Mr. bb kate dah nampak susut. suke weh..)
5. Tinggal nak beli bekas hantaran dengan tempah fresh flower..
6. Muhasabah diri sebab...

TINGGAL 1 BULAN 3 MINGGU (BERSAMAAN 52 HARI)

OHHHH... TAKUT..

borang tak submit lagi...
dapat kahwin ke tak...
huuuu


Monday, August 2, 2010

DaH BaL!k

tak banyak cerita yang dapat dikongsi buat masa ni
sebabnya aku sibuk dengan kursus
dari 2 hingga 6 ogos aku kursus lagi..

banyak cerita aku nak kongsi..
tapi tak kesempatan..

nanti kalau aku dah settle semua..
gedebuk aku bagi cerita pukal..


tunggu...
rindu nak berblogging.. huwaaaa