Tuesday, June 4, 2013
Cerita aku setelah sekian lama..
Assalamualaikum
Alhamdulillah.. masih lagi panjang umur. Dah lama aku tinggalkan blog yang dulunya meriah buat aku untuk berkongsi segala idea (preparation nak kahwin)
lepastu tu berita gembira pasangan yang dah bertambah ahli keluarga memilukan aku. Hati terasa ditampar dengan berita gembira mereka. Aku tak pernah marah, cuma sedih.. kerana............ aku masih berdua bersama En. Hubby. Hampir 3 tahun Usia perkahwinan Kami. Macam2 kami lalui bersama, sekarang aku menganggap sahabat yang paling baik tak kira suka atau duka adalah suami ku sendiri.
Usaha? dah.. tapi mungkin tak cukup. Doa? pun sudah... cuma............. belum pegi berubat di Klinik lagi.
Takut kalau2 ada yang tak kena antara kami..
Puas sudah air mata ni mengalir..
ayat kawan-kawan. biasalah, ada yang tanya samada merancang. (jawapan aku TIdak sama sekali)
ada yang suruh berurut (jawapan aku Sudah)
ada yang suruh Pergi Klinik (jawapan aku nanti, sebab takut hehe)
walau apa pun yang berlaku, aku tetap tabah untuk semua ini untuk suami ku...
B... sayang minta maaf andai sayang tak sesempurna dan sesolehah isteri yang B impikan.
sayang cuba yang terbaik untuk kita berdua..
Moga-moga, satu hari nanti Kita Berdua akan jadi kita Bertiga In Sha Allah..
Mohon kawan-kawan blogger doakan buat kami.. Teringin rasanya nak hidup bertiga (^^)
(di saat aku menulis blog, keadaan aku tak berapa sihat, alhamdulillah.. berharap ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil)
Tuesday, February 14, 2012
Bila Tengok Orang Lain.. Aku MenyamPah Giler..
Ini entry cari pasal
bila aku blogwalking aku rasa menyampah tengok blog orang lain..
aku rasa cam.. heeee apasal dorang ni..
eh sekarang ni trend camni ke?? (nada cemburu tahap extreme)
aku tak bole la, aku suke blogwalking tapi bile dapat blog yang aku ase cam.. nak pegi jumpe owner blog then nak maki-maki. eh, pasal apa nak maki orang yang aku tak kenal lagi innocent..
ini berlaku sebab kebanyakan blog dorang cantik giler hokeh.. Mak jeloz uols.. JELOZ.. sebOt la betul-betul... J to d E to d L to d O to de Z.. ITs Jeloz.. hewhewhew
oleh kerana aku Lembab dan Gonjeng dalam hal edit yang menggunakan html tu.. so aku pasrah n giget bibir ketat2... tahan geram, tiap kali aku tengok blog aku (mesti cakap dalam hati "wat the Hekk" mcm hudus gilos). then ble google kat tenet, pastu buat cam dia suwoh.. slalu tak jadik.. Mak stress T___T
Aku sedey tengok blog sendiri.. rasa menyampah okeh.. hukss
aku tade plak member yang bijaksana dalam edit blog yang cantik tahap dewa.. huwaaa
sape yang sudi tukar background template yang comel2..sila la offerkan diri.. tapi free of charge, mak tade wet dlm acc buat mase ni.. huuuu
k bai

Tuesday, October 18, 2011
APA NI?? apa ni??
Berabad berkurun aku nak update pape nak update kat sini..
macam biasala benda nak dicerita ada.. tapi aku malas nak transfer pic dalam phone ke pc, pstu edit bagai, pastu nak tunggu line internet yang lembab bak sipot krohh krooohhh.. aihhh lame-lame aku fadeup, bile da fadeup, semangat tu hilang, idea terus hilang ditelan oleh masa.. lepastu tenung jela fesbuk lelame.. wlpun perkara yang dorg hapdate tu perkara yang sama.. klise giler.. ahh strees lagi..
nak update blog gune henpon xbes.. skrin kecik, lepastu tu aku ni bangsa lembab nak menaip kat touchscreen tu.. kejap2 typing error, kau bayangkan kalau 100 patah perkataan tu, lebih kurang 50% jadi typing error.. kau tension x? kalau aku xpayah cakap la.. memang tension giler.. fadeup je, malas nk update dah.. tidor lebih baik.. xpun bancuh kopi 3in1.. biar segar bijik mata tgk screen kecik2 ni..
konon nak update kat upis sebab dia ada keypad kalau kite taip yang bole dengar sampai ke kaunter (ketak ketok ketak ketuk), sbb dia kasi feel.. korang ada xfeel mcam ni?? kalau tade tape, biar aku perasan sorang2.. iols tak kesah.. (^^) pastu desktop kan besar.. so senang la bagi aku yang rabon ayam ni tengok puas-puas.. apa yang aku tapi kat draft post. TAPI.. AKU RASA SEMINGGU AKU RASA MALANG.. internet pulak problem.. haduh, cam mati kutu pulak aku biler tade internet.. (orang da biasa dengan internet ni, kalau tade dia macam penagih..-aku punye pemikiran-) aku tak bole dengar lagu yang same berulang, lagi2 kalau lagu tu aku rasa da bosan.. mau hati aku macam serba tak kena je.. lepastu kerja pon strees.. (aku ni bangsa cepat stress kut, sume menda nak stress hummph)
Bila ada internet ni aku suke pasang radio yang bole gune on9, upis iols tade radio, lepastu giler ke nak pasang lagu kuat2, da la blik aku dekat dengan kaunter pelanggan, karang orang luar datang ingat ni kedai runcit pulak pasang lagu bagai nak rakkk..
SO DENGAN BANGGANYA AKU NAK BAGITAU, INTERNET UPIS AKU DA OK!!! LEPASTU DENGAN BANGGA NYE AKU POST BUAT SEKIAN KALI...
HAHAHAHAHAHAHA
OK ... iols nak sambung kerja #TDDMKA T___T

Thursday, June 23, 2011
Pakai Spect itu comel???
Pernah tak korang nampak orang yang pakai spect kadang-kadang ada rupa stylo, ada rupa nerdy, ada rupa comel, ada rupa korporat. aku salah seorang kalau pakai spect akan nampak muka cantik comel (perasan sendiri, orang lain tengok buruk je kut) aku suka spect, kadang-kadang otak sengal aku ni fikir, kalau pakai spect nampak orang banyak ilmu.. hahah kolot betul..
Tapi dua problem yang sekat aku untuk pakai adalah:
1. Hidung tak bape nak mancung.. ada tulang sikit je.. (penyek)
2. Muka aku berminyak (kalau lap ngn tisu, pastu perah boleh dah jadi minyak masak), bila pakai spect, kejap-kejap meleret ke bawah hidung, da rupe mak nenek ak tengok.
Bila dah itu jadi punca, aku pun mula la rimas... dah tak kisah dah, aku nampak orang ke tak.. janji ak selesa.. tapi untuk pengetahuan korang aku ni bukan rabun tau, kalau cek pun sikit je rabun tu.. yang overnye silau.. hampeh. pastu kalau pakai contact lense, msti kene cari power yang tinggi sikit. bru ok dengan mata.. hehe (tu khas untuk yang jenis berwarna)
Kesimpulannya sekarang aku pakai spect kalau terdesak je, kalau tengok tv aku tak nampak sarikata bahasa pun aku tak kesah, buat-buat paham.. kalau drive tengahari aku memang akan pakai spect, gila tak pakai?!! matahari mencanak atas kepala dengan sinaran yang memancor.. confirm aku jadi buta (ok tipu, sangat tak nampak tapi belum buta)
nak tengok tak rupa aku kalau pakai spect camne..
confirm cap ibu jari

orang tanya sekolah mana.. aku jawab.. sekolah nunnnnnnnnnnnnn sana.. bijakkk betul.
Raya ni rasa nak pakai mata baru... warna apa eh?? jap nak usha kat blogger ni..
siyes murah sangat contact lense dia.. hari ni gaji.. so hari ni jugak nak beli kat dia.. yeay..
jomla tengok kat SINI
Wednesday, June 1, 2011
hahi hi hakit hangat!! hak hakap hak holeh T.T
Sedih je, dari hari jumaat demam tak kebah lagi.. pakej batuk + selsema. penat ooo batuk sampai semput-semput.. lepastu suara dah jadi sheksi macam Ella.. lagi membuatkan diri rasa down bila En.Hubby ajuk balik apa yang aku cakap.. TApela.. dia tengah seronok prank aku sekarang ni, kejap lagi kene balik dekat dia.. hahaha tiap kali batuk memang aku sua je dekat muka dia (kejam). Semalam dia col, dia pun dah batuk... yesssssssssssss mission accomplish. hehe
tapi hari ni aku dapat satu lagi pakej yang memang masyuk sampai pening-pening.. AKU SAKIT GIGI (berlubang kut)...
Pagi tadi sebelum subuh aku macam terasa ada pasir besar kat dalam mulut.. sebelum tu waktu menggumam aku ada terasa benda patah. elok perlahan-lahan aku cari dalam mulut, tengok-tengok serpihan gigi.. adoiiiiiiiiiiii... malam tadi sebelum tido gosok gigi tawuu!! camna la boleh patah..
Pagi ni memang menanggung kesakitan lah jawabnye.. dahla sakit gigi, lepastu bahu sakit sebab salah tidor, selsema, batuk.. wahahahahaha memang masyuk pakej aku dapat kali ni... huuu

lebih kurang macamni la dia patah.. Gigi Geraham belakangggggggg sekali.. huh!
nak sangat nak sangat jumpa doktor gigi
tapi..............
takut tengok tools dia yang tajam dan ngilu dengar bunyi berdesing mase dia operate o cabut gigi.. hadoi.. camne nih.

pernah terniat nak buat ni...
tapi siyes nak buat.. cume tatau lagi bila...
biar korang panggil aku diba si gigi besi.. kan comellllllllllll

kan aku dah kata comel.. T.T
ok fine!! time pakai memang la hodoh.. nanti hasilnya mau semua tengok aku tersorong-sorong
hahaha

siyes gigi camni memang menggoda yang memandang..
lawaaaaaaaaaaaaaaa kan!
baek korang cakap lawa!! cakap lawa!
maen paksa lak budak ni.. tampor kang nanye.. T.T

Friday, May 20, 2011
Pengajaran
dalam seminit macam tu, aku perasan van sebelah aku ni naik turunkan window belah penumpang depan. aku ingatkan dia nak main-main (hoo sungguh perasan aku waktu tu, aku tetap tak layan)
kat traffic light yang ni memang lambat nak hijau.. sabar jela. tiba-tiba van sebeleh turun kan tingkap, driver dia duk lambai-lambai (ingat nak usha so malas pandang)
bila da banyak kali dia lambai aku pun pandang, (waktu tu dah rimas tengok kelibat dia melambai-lambai) . tengok mulut dia tekumat kamit sambil pandang aku. aku mana nak dengar, dah tingkap tutup kut.... lepas aku turunkan tingkap. sekali................
dia tanya "dik, KASTAM kat mana?"
aku : (dah blur tak tau KASTAM kat mana) errrrrr dekat round about tu.... (padahal aku siyes tak tau, maaf ye bang) (T.T)
waktu tu hanya Tuhan je tau betapa aku MALUUUUUUUUUUUUUUUU
hahahah perasan giler orang duk usha (tak sedar yang aku ni mana lawa, demok lak tu lepastu kan dah jadi bini orang) huuuuu
Kesimpulan dan pengajaran untuk aku : Lain kali jangan ingat orang duk lambai atau pandang-pandang sebab nak usha, tengok kes semalam orang tu cuma nak tanya direction je.. huwaaaaaaaaaaaaa
Wednesday, May 18, 2011
Pagi Rabu Mood Spoil.. T.T
mesti korang semua ceria sebab semalam dapat cuti and stay kat rumah kan.. eleh.. takyah nak tipu, muka memasing blushing je.. hehehe sama juga macam aku. walaupun tak penuh aktiviti semalam, nikmat duduk dirumah adalah yang terbaik. kekeke
ingatkan sebab semalam da ceria-ceria so pagi ni bole la ceria sikit kan.. tapi............ sedih je.. semangat nak menggigi biru kan (bluetooth) ke pc tak boleh, baru nak gebang muka terbaru ciko..
sapa ciko? kekasih gelap ke? scandal ke?
yea.... tu scandal baru aku, dan pengarang jantung aku yang baru.. korang ada? (^^) tapi tape.. kasih kami direstui oleh En.Hubby.. dia bagi line hijau bling-bling lagi.. hehehe
tapi nak buat macam mana.. tak dapat aku nak tunjuk muke kekashif hati baru... (tak payah nak buat muka terkejut ok! ciko tu anak kepada kucing aku, comel...)
mesti dalam hati korang kata (eleh.......... tu pun nak gebang.. takde benda lain ke nak cerita.. asyik2 kucing. (T.T )
ehhhh.. suka hati aku la.. blog aku, aku yang menaip, aku yang memikirkan bait-bait ayat... korang apa kesah
(ok.. sangat kasar bahasa aku petang ni... emo punya pasal, korang pun kene tempias.. maaf2.. )
ermmm itula yang membuatkan aku sesedih hari ni...
so esok kene bawak kabel la tuk transfer gambar ke pc... T.T
nak tunjuk kat korang aku terlampau geram tengok mata bulat anak kucing tu..
haih.. seb baik bukan gula-gula.. kalau tak da kene ngap awal2..
sebab ciko kamu itu sungguh suwwwwiittttt....
(^^)
bubye... :)
esok sambung balik...
Friday, April 22, 2011
I Wanna Grow OLd With you
ITS FRIDAY YOLS...
Sebabkan emosi yang kurang stabil kebelakangan ni tak sempat nak update apa-apa cerita pun..
ehem ehem! nak annouce kat sini.. hehehe
AKU DAH ..........................
ERMM DAH.....................................
LAGI.......................
TUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 20 APRIL 2011 TARIKH UMUR AKU 23 TAHUN GENAPLAH AKU HIDUP DI ATAS MUKA BUMI INI DENGAN JAYANYA..
kenapa?
korang nak marah???
kenapa pulak??
aku buat salah ke?
la............ tentang aku cakap aku dah tu?
ok2.. janganlah ingat bila aku tulis AKU DAH maknanya aku terpregnant...
ermm sabar2 yea.. nanti2 adala berita gembira untuk korang semua.. heheheh
tunggu.................. wewitttttttttttttttttttttttt
lepas aku merepek kat atas tu...
aku nak tujukan LIRIK KHAS untuk EN.HUBBY
jangan suruh aku nyanyi yea, nanti bukan je hujan turun, tak pasal-pasal ribut taufan pun melanda.. almaklumla.. suara aku ni lunak merdu bak buluh perindu... elok korang hari ni boleh dengar, esok lusa da pekak.. sebabnya suara aku terlampau lunak.. hahahahah
NI UNTUK EN. HUBBY (^^)
Another day
Without your smile
Another day just passes by
But now I know
How much it means
For you to stay
Right here with me
The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurt so bad I can't take it any longer
I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing in everything you do
I wanna grow old with you
It causes me to wonder how
Our love tonight remains so strong
It makes our risk right all along
The time we spent apart will make our love grow stronger
But it hurt so bad I can't take it any longer
I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing in everything you do
I wanna grow old with you
Things can come and go I know but
Baby I believe
Something's burning strong between us
Makes it clear to me
I wanna grow old with you
I wanna die lying in your arms
I wanna grow old with you
I wanna be looking in your eyes
I wanna be there for you
Sharing in everything you do
I wanna grow old with you
Wednesday, April 13, 2011
She Is A Great Mom
Dia dipisahkan dengan ibunya ketika masih belum putus menyusu, namun... kerana sayang dan takut dia di apa-apakan oleh keadaan. Aku terpaksa, kerana aku telah jatuh cinta dan kasih yang teramat padanya.
Pertama kali aku memandangnya, sungguh indah sekali keletah manja dan renungan yang menyentuh jiwa seorang wanita seperti aku. Aku berjanji pada saat itu, akan ku tatangnya seperti minyak yang penuh, setiap kali aku pergi membeli belah, aku pasti akan singgah ke kedai yang menjual aksesori atau keperluan dia. akan aku belek setiap produk yang terbaru. Aku sanggup belikan dia tempat tidur dan tempat untuk membuat manicure.. ini semua kerana kasih dan cintanya aku padanya.
Dan sekarang dia telah dewasa.. walaupun bagi aku dia masih keanak-anakan, masih ligat seperti remaja, namu aku akur.. takdir telah menentukan, dia kini lebih matang dari yang aku sangkakan. Dan aku terharu serta bangga melihat dia begitu hebat, mungkin naluri itu telah timbul ketika dia dalam tempoh bunting.
Kini.................... tarikh keramat untuk anak sulungnya 7 April 2011 jam 5 pagi... dia telah selamat melahirkan seekor anak kucing yang sangat comel. walaupun warna badan tidak ikut warna ibunya, namu dia tetap comel seperti ibunya. Ibunya amat matang, dia sentiasa berada disamping anaknya, dan akan pergi hanya untuk makan dan ke toilet.. kadang-kadang, lucu bila melihat dia menggigit manja dengan anaknya... anaknya masih belum boleh melihat dunia, kerana ia masih baru...
Aku amat bangga dengan kematangan dia menjadi ibu yang hebat untuk anaknya. Sedangkan haiwan amat kasihkan anaknya.. inikan manusia yang selalu membuang benihnya sendiri.. fikirkanlah, aku menjadikan kisah COMEL sebagai pengajaran dalam mengasihi anak. jujur aku katakan. AKU BERSYUKUR DAN BANGGA MEMPUNYAI KUCING SEBIJAK ITU.
SEkian............
p/s : anak kucing belum boleh dipaparkan dalam blog, sebab orang kata baru lahir jangan ambil gambar, takut cepat mati.. tunggu la masa yang sesuai nanti.. tapi anak kucing tu memang comel (bagi pandangan mata aku)
Tuesday, April 12, 2011
Meselah o Masalah?
apasal la pagi-pagi tak de mood ni.. nasib badan, bukan sesapa pun yang buat mood ni hilang. tapi diri sendiri jugaklah yang jadi penyebab utama.
sebenarnya banyak cerita nak kongsi, tapi malangnya setiap gambar untuk cerita semua dekat en.Hubby.. mintak suruh transfer ke dalam netbook ada je alasannya. so malas nak bising lebih-lebih. nanti jadi sorang muncung ke timur dan sorang lagi muncung ke barat. (T.T)
lepas tu kalau nak bercerita tak nampak gambar aku akan terus blur... hadoi la.. ermmm
so korang pahamla kenapa aku dah lama tak update blog. sabar jela.. huuuuu
Friday, March 18, 2011
JUmaat Yeay!!
hehehehehe sekian untuk pagi ni...
(ngah takde idea..perghh)
Thursday, March 17, 2011
I ThiNk........ PRegNant!!!
Dah berapa hari tak update blog, mesti korang menyampah bila tengok list je tajuk yang sama, tengok review je tajuk yang sama... maaf yea, tiada keizinan oleh waktu.. :) Dalam seminggu ni macam pelik sikit, sebab.... aktiviti dah jadi bukan kebiasaan.
Dulu aktif je, pantang di cabar laju je langkahnya, tapi minggu ni bila dia acah-acah sekejap je berlari-lari anak, selebihnya banyak duduk sambil termengah-mengah.. badan pun makin berisi, terutama sekali bahagian perut, memang jelas sangat, lepastu.. ermm dekat Br****** pun dah nampak lain. maaf yea kalau aku guna perkataan macam tu,
Lepastu sekarang ni memang cepat sensitif, kejap-kejap minta dibelai dimanja.. adui.. ngada-ngada betul.. tapi sabar.................. kalau bab makan tak payah cakaplah, memang juara, cepat je dah licin bekas tu.. nak air pun memilih, susah-susah..
tapi bukan aku yang pregnant... hehehe
si tembam keshayangan aku la macam pregnant.. lepas aku bawak dia balik kampung dan kebetulan dia macam kawin dengan kucing mak aku, terus dia da tak buat bunyi kucing gatal sampai sekarang... dan perut dah besar, bila kita sentuh perut dia, mesti dia marah... garang tau sekarang ni, semalam tengah aku duduk depan tv, dia elok masuk dalam laci terbukak kabinet tv, dia kuis-kuis buku yang ada kat situ... eeee... risau ni..
kalau betullah dia bunting.. macammana? dan aku takkan ada kat rumah untuk masa yang panjang.. kalau dia terberanak waktu aku takde, sape nak bersihkan tempat dia beranak tu.. haih la...

risaunya nak tinggalkan busyuk chomel sekor ni... auuuu

shayang dia...

ceh.. tunjuk la tu, yang dia tu cun melecun..
gigit kang.. aummmm!!
sekian...................
p/s : aku berkemungkinan tak update blog untuk tempoh 2 minggu mulai 19 mac.. TQ (^^)
Wednesday, March 9, 2011
Pagi ceria sangat... haha sebab memikirkan hari last kerja tuk minggu ni., apakah? yea, aku ambil cuti rehat 2 hari, nak temankan En.Hubby yang ada dekat sini... Dia ambil cuti seminggu, jadi aku pun perlu dan harus ambil cuti jugak, aku taknak ambil cuti direct 5hari untuk minggu ni, sayang woh.... nak jimatkan cuti jugak, mana tau nanti-nanti ada emergency ke, lepastu cuti dah habis, meracau la aku nanti..
Tengah aku blogwalking pepagi ni, tetiba aku teringat kes aku tercabut sandal lepas beli dominos.. hahah mesti hebatkan.. yela.. dominos boleh buat aku tercabut sandal.. aduh.. malu sangat, nasib baik kejadian tu waktu malam, cuba kalau waktu siang dan orang ramai lalu lalang kat situ.. lagi la aku berdrama bagai nak rak. Malam tu hari minggu, jangan ditanya minggu bila, bulan berapa, haribulan berapa.. memang aku lemah ingatan, aku cume ingat kejadian tu dan tempat kejadian jea... tau-tau.. masa malam tu aku berdating dengan En.Hubby, sekali perut da sampaikan salam minta di isi.. tetiba teringat dominos punye chiken wing... sedap, tu yang ajak En.Hubby pergi domino, jam 10 lebih dah, nsib baik belum jam 11 malam, kalau tak.. sah sah la aku akan kempunan nak makan dominos pizza.
Aku pergi Dominos yang dekat presint 8, da order siap.. harusla tunggu kat dalam kedai tu.. dalam 20 minit la siap, da siap bayar bagai, kitorang pergila dekat kereta.. waktu aku nak ke kereta tu.. tak perasan jalan ada lopak ke, bonggol ke, bangkai mati, mane la aku nampak.. jalan gelap hokey.. En.Hubby ambil jalan pintas yang lain, aku pulak ambil jalan yang lain.. lalu la dekat tempat parking motor banyak-banyak depan dominos tu.. kat tangga depan Dominos tu kebetulan ad staff dia lepaking kat tangga tu... aku malas la nak lalu depan diorang, aku ni kan pemalu *(perasan lebih) , dah sampai kat tempat parking tu.. nak dijadikan hari terhebat la katakan.. boleh pulak aku terpelecok sebab ada lubang kecik kat situ.. yang kelakarnya.. tali sandal aku boleh pulak tercabut.. aduh... dah la buku lali sakit kene tayar depan motor yang parking dekat tempat tu, sandal pulak tercabut tali...
Aku tak taula kalau budak-budak yang duduk kat tangga tu nampak aku jatuh ke tak.. memang dah tak fikir apa-apa dah, yang aku tau sakit... aku panggil En.Hubby dia dalam terkejut boleh lagi gelakkan aku.. heee geram betul.. nasib baik aku tengah sakit, kalau tak memang kene ceramah la dengan aku, tengok dekat buku lali takde luka..cuma kulit tersiat je... tapi pedihnya mengalahkan darah meleleh-leleh. Balik terus mandi, tapi tempat luka tu memang takde nak kenakan air, cepat-cepat sapu minyak kat situ.. tidur pun cover-cover, taknak bagi tempat luka tu senggol mana-mana tempat keras.. sangat tak lena.. (-_-")
Lepas kejadian tu, aku da seram nak pakai sandal tebal pergi jalan.. takut terpelecok lagi.. hahahah. Yela.. luka tu 3 hari baru baik. tiap kali nak mandi, confirm pedih.. huuu aku sayang sandal tu.. huwaaa... walaupun kekadang dia menyakitkan, tapi aku tetap suka..
moral of the story, takyahla nak cover cun sangat depan orang lain, awak tu da bersuami.. hahahah :p
Tuesday, March 8, 2011
CanTiK BeRAlun
SELAMAT HARI WANITA UNTUK WANITA SELURUH DUNIA..
BERSYUKURLA KITA DIJADIKAN SEBAGAI SEORANG WANITA
KERANA WANITA ITU AMAT BERHARGA DAN LEBIH BERNILAI DARI APA2 PUN
WANITA JUGA MUDAH MASUK KE SYURGA
JIKA KITA MENURUT PERINTAH-NYA SERTA MENTAATI IBU BAPA DAN SUAMI
itu sahaja ucapan untuk wanita atau gadis2 diluar sana.. tapi wanita juga amat mementingkan mahkota diri (rambut).. samada yang freehair atau yang bertudung... macam aku yang bertudung, kalau nampak saja rambut hujung yang bercabang, da rasa sedih kemudian mula la fikir nak buat treatment itu dan ini.. hehe bagi aku itu semua normal kan.... (^^)
Dari kecil lagi aku nak sangat simpan rambut yang panjang dan sihat, sebabnya.... masa aku kecil-kecil mak aku selalu wat rambut aku stok budak lelaki.. dia kata rimas rambut aku menggerbang macam langsuir.. hahaha so tak merasa la nk rambut panjang dan ayu, bila da masuk sekolah menengah baru boleh bela rambut panjang, tapi baru panjang paras dada da kene potong.. kali ni bukan sebab mak aku suruh, tapi hujung rambut jadi bercabang. ermmmm punah harapan.. Bila masuk IPT baru boleh bela rambut panjang sikit, waktu tu heboh pasal buat rebonding, so aku pun nak jugakla ber rebonding bagai.. mula-mula rasa macam cantik sangat, lama-lama masalah hujung bercabang jadi balik.. kene potong...
Majoriti rambut aku panjang tak pernah lepas paras dada... nak cecah pinggang tak pernah sekali, teringin sangat nak ada rambut yang panjang sihat beralun... lembut.. mudah diurus... hai la... angan-angan.. memangla orang kata nak rambut sihat buat treatment, aku da buat tapi kulit muka aku tak boleh kena stim kat salon tu.. sebabnya jerawat akan keluar dengan gembira dan berpesta kat kulit muka aku ni.. da la tak lawa... ada pulak la jerawat bagai ni... ish.. sangat susah hati hokey..
Baru-baru ni rambut aku baru je, aku ulang sekali lagi.. BARU JE... nak sampai paras dada, tiap kali sikat cam sangkut-sangkut, tengok-tengok hujung da start bercabang balik... heeeeeeee sedihnya... OH RAMBUT IMPIAN. DATANGLA PADAKU. SOB SOB SOB...
da la... nk sambung buat kerja.. nanti kalau ada benda aku nak gebang,
aku post kat sini lagi.. (^^,)
Tuesday, February 22, 2011
kerana lidah Hilang KAWAN
sape taknak baca boleh la close page ni,
Kepada kawan yang tak berhati perut :~~~
pilu sangat hati ni bila orang kata kita macam-macam lepastu persoalkan keadaan kita sedia ada. Aku tak mintak atau berdoa pun keadaan aku macam ni, tak terlintas ke dekat hati diorang kalau suatu hari nanti orang akan tanya benda yang sama pada diorang.... apa perasaan diorang waktu tu? Fikirla, semua yang berlaku atas kehendakNya, kita sebagai HambaNya hanya mampu berdoa dan menerima dengan setulus hati, adakah mereka-mereka yang bertanya tentang kita menilai tentang Qada' dan Qadar kita? Bagi yang tidak melalui fasa ini tak tahu perasaan yang aku sedang alami, bagi yang memahami dan memberi kata-kata semangat aku hargai, kerana kata-kata itu pendorong aku untuk meneruskan hari-hari akan datang.
Semalam aku dapat panggilan dari salah seorang kenalan waktu sekolah, mula-mula perbualan kau dan aku rancak dan mesra, tetapi lama-lama kau mempersoalkan bidang yang aku ceburi.. kenapa? hebat sangat ke kerjaya kau? aku tau kau mulia kerana menceburi bidang yang menurun ilmu kepada anak generasi kini, tapi perlu ke kau mempersoalkan bidang orang lain? Jika itu rezeki orang mempunyai bidang yang berlainan, janganlah dipersoalkan dan diperlekehkan... perlu ke kau tanya berapa gaji bulanan aku? perlu ke kau bandingkan dengan nafkah suami aku berikan pada ku. tak kisahlah nafkah itu hanya seringgit.. tp ak tetap bersyukur kerana tak semestinya wang ringgit jadi ukuran untuk nafkah suami ku, dia mungkin dah lengkapkan barang dapur aku, dia mungkin beli kan baju, persolekan dan lain-lain... sebab semua tu tidak perlu dinilai berapa harga perbelanjaan dia keluarkan, yang penting dia tahu tanggungjawab dia sebagai suami.. dan kau siapa nak mempersoalkan gaji aku dan nafkah dari suami aku...
TAk cukup dengan tu, kau memberi soalan yang aku sendiri tak boleh nak jawab, sebab bukan aku yang menentukan. Kau tanya kenapa aku belum pregnant lagi, ingat ini semua aku dan suami yang tentukan ke? kami hanya mampu berusaha mencari ikhtiar, tapi kalau belum rezeki kami, janganlah kau nak menuduh kami merancang atau taknak anak.. fikir la sikit persoalan yang kau berikan tu dah menyentuh sensitivit hati orang atau tak. Pasangan mana yang taknak kehadiran cahaya mata dalam keluarga, ada sampai yang bertahun-tahun tapi diorang masih bersabar dan mencari ikhtiar, aku masih baru lagi dalam alam perkahwinan, jika belum sampai masa kami menimang cahaya mata. janganlah kau kata kami tak nak anak. kalau la boleh kami sendiri yang menentukan, esok pun boleh.. tapi tu semua bukan kerja kami... tu kerja Tuhan. Manusia jenis apa kau ni? mempersoalkan soalan yang menggugat kepercayaan agama?
Kau belum berkahwin, dan kau belum tahu asam garam sebelum dan selepas perkahwinan, jangan kau nak berlagak pandai macam kau da tau selok belok perkahwinan, dan jangan kau memperbandingkan antara orang lain, sebab lain orang lain masalah, bukan semua orang ada masalah dan dugaan yang sama.
Kerana mulut kau, persahabatan kita yang terbina sejak sekolah hancur, aku dah taknak terima panggilan dari kau. dan aku taknak tahu apa-apa pasal kau. Nasihat kau bukan membangkitkan semangat untuk kehidupan akan datang, kau hanya tahu tunjuk yang kau lebih hebat dari orang lain...
Suatu hari nanti, kalau kau terkena masalah macam ni, jangan kau baru terfikir kenapa orang tak jaga perasaan ko. Sebab ko pun tak jaga adab persahabatan dan menjaga hati orang lain ketika berkata-kata.
sekian, kiriman atas angin untuk perpisahan ini. dan aku tak rela bertembung mata dengan kau jika kita berjumpa nanti.
Thursday, February 17, 2011
~~ no entry ~~
mood pun still rasa macam bercuti lagi, walaupun da masuk kerja semalam...
hri ni bukan da pape cerita pun.. cume.. nak mengisi ruangan tuk hari ni je..
mooD : BloKwaLKinG.... (^^,)
Wednesday, February 9, 2011
New Year New Brand
Orang kata tahun baru nak pakai yang baru jugak... aku pun mesti nak jugak... Ingat tak jemu ke pakai benda yang sama je... Mestilah kene ubah angin citarasa yang ada kan.. tapi aku takdelah hebat mana macam orang lain.. setakat simple2 je yang mampu. Kalau ada orang nak sponsor aku terima je, hehehe.. Lagipun yang simple tu jugak yang menarik (ini bagi aku, orang lain pendapat sendiri2)...
Tema aku ada selembut angin yang menghempas pipi.. seindah langit yang terbentang luas... (stop merepekla...) erhemmmm
Benda baru yang aku maksudkan tu... hehehehe
Tuesday, February 8, 2011
Rindu Dia (^^,)
ciumm sikit, mmmuax.. hehehehe. nak mintak maaf sangat-sangat.. bukan niat nak abaikan blog n taknak kongsi cter y terbaru dari aku, tapi tiap kali nak menaip je mesti blurrr...
INSYA'ALLAH ... aku akan commit blik cam dedulu sebelum kawen..
ni mukadimah aku.. hehehehe
Monday, December 20, 2010
LAin KaLi BeriNGaT!!
Kte flashback kenapa kena beringat.... korang pernah tak dengar orang tua cakap "jangan terlampau suke sangat.. t ada yg sedih.." dulu masa kecik2 slalu dengar.. sbb bile kte main apa2.. pstu gelak xhengat dunia... kiranya suka hingga xterkata la.. tup tup.. jatuh la kene marah la.. pastu nanges.. tang tang tu jugak bru nak beringat.. kan kan kan..
Dah besar ni pun camtu jugak.. last night Friday, En.Hubby ajak tengok movie "Hantu Kak Limah Balik Rumah" dekat ********** . sebelum start movie biasanya aku akan letak handbag dekat bawah seat, terbiasa kalau tengok movie kat Alamanda mesti letak kat bawah.. nak space untuk Pu******* la katakan.. ahahahah
nak dijadikan cerita, malam kitorang tengok movie tu, En.Hubby reserve couple seat bahagian belakang sekali, n takde dinding nak block kusi tu.. kiranya orang leh lalu kat area belakang tu,
En.Hubby da tegor suruh letak kat atas seat je.. aku mungkin tak dengar atu buat2 xdengar.. sbb khusyuk nak layan movie, yela.. masuk je dalam panggung citer da start.. so tak ingat papela... huuuuu
Sepanjang movie tu aku asyik gelak je.. kadang2 mcam pontianak gelak pun ada.. hahahah kelakar giler la katakan.. heheheh 'MEMANG BES.. AKU SARANKAN KORANG YANG BELUM TENGOK, PERGILAH TENGOK HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH" .. Bila citer dah habis aku amikla beg aku cam biasa, tp cam pelik sikit sebab beg tu terkebelakang, tp aku blum syak pape lg. lepas je dekat pintu exit panggung tu.. ada sorang staff kat situ suruh kitorang berenti, aku da cuak da.. w/pun ak tade wat salah pape.. hahahaha
Pastu dia tanya kat kitorang, ada letak beg x kat bawah seat x, aku kata ad la....then dia suh cek beg.. aku bukak tengok2 purse aku da tade.. memang cuak... bro tu pun cam da geleng2 pale.. dia ajak kitorang kat pntu utama masuk panggung yang kitorang tengok citer tadi, dia gtau yang mase kitorang tengah tengok movie, dia ternampak cleaner cam raba2 bawah seat kitorang... bila bro tu nampak cleaner tu, cepat2 cleaner tu g tempat lain.. En.Hubby pun ada kate, waktu tengah tgk movie, ada dengar cam bunyi plastik kat bawah seat... sementara tunggu tu aku ada col dak umah, suh dia cek purse aku ada kat atas katil n dlam hndbg lagi satu x.. sbb takut klu aku kate bawak, tp sebenarnya kat umah,... hsmate aku kate mmg tade purse kat umah..
Dekat dalam handbag tu memang ada plastik wat bungkus jewelery yang aku ingat nak trade in, tapi tak jadi.. hahahah sayang woh... nasib bek orang tu tak kaut sekali kotak dalam plastik tu.. Phone aku pn nsib bek dia tak sempat amik, sebb aku letak kat poket depan, aksesori tergantung kat luar.. so npk cam aksesori beg la.. hehehe..
manager kat situ tanya apa yang berlaku, bro tu pun xplain itu ini itu ini kat manager dia.. merah padam muke manager tu, terus dia tolak pintu panggung tu kuat2... tak lama lepas tu, nampak dia tolak sorang cleaner Bangla, bawak pergi kat satu bilik.. aku pun cam da risau, sbb takut kalu dia sempat amik salah satu kad bank aku n IC.. dalam 20 minit camtu, ada sorang staff bawak purse aku, furhhhhhh lega... aku cek kalu ada hilang pape.. nsib bek cleaner tu tak smpat nak amik pape.. lepas dari tu aku isi borang pelanggan tuk report kejadian tu...
Dah siap semua, staff kat situ say sorry.. kitorang cam takdela marah sangat... sbb mungkin salah aku jugak sebab careless letak handbag kat bawah mcm tu, Lepas dah nak balik tu sempat jugak aku ucap mekasih kat diorang.. kalau bro tu xnpk kejadian tu, confirm sekarang aku jadi warga asing.. sebab tade MyKad.. heheheheheh
Kitorang tatau apa jadi lepas tu dekat cleaner Bangla tu.. En.Hubby kate mungkin kene terminate 24hour... hurmmmm taktaula... biarla diorang yang uruskan.. yang penting ni aku jadikan pengajaran untuk diri aku...
Aku pun nak ingatkan kat korang.. sebelum nak bersuka-suka sangat... pastikan semuanya dalam keadaan yang baik..
p/s : pasni klu nak tengok wayang.. da taknak letak kat bawah... seriau.. huuuuuuu
Thursday, December 2, 2010
SEDih & TaK SIhat
Aku sedih sangat sekarang ni... tiada berita gembira untuk aku, dan hanya kesakitan yang aku sedang tanggung.. (-_-)