Showing posts with label SPontaneOuS ThURsDay. Show all posts
Showing posts with label SPontaneOuS ThURsDay. Show all posts

Thursday, February 9, 2012

SPontaneOuS ThURsDay,

Spontaneous Thursday

Assalamualaikum w.b.t



Ehermmm!!!! lamanye tak tulis apa-apa kat wall yang busyuk masyam ni..
kinda miss a lot..

recently bukan sebab sibuk atau apa, just wanna being silent reader for a while only.. :D
IM STILL ALIVE hokeh!! hahaha


Si Ibu (Comel)

Bulan lepas baru terima baby baru dalam famili kecik ni..
anak-anak yang lain hantar balik kampung, sebab ibunye tak dapat dibendung lagi kegatalan yang semakin menjadi2 (gatal nak mengawan). Anak pon hantar sekali balik kampung.. Tapi kelmarin dapat berita gembira plus plus berita sedih.. si ibu dah beranak, dapat dua ekor, satu hitam satu oren.. yang hitam si ibu makan (maybe sbb dia lemah kot) lepastu semalam dapat col, mother in law sedih, kali ni si ibu tidor atas anak dia yang oren tu, (MIL kata yang oren tu bulu da kembang macam anak dia yang first "chiko") akhirnya anak yang oren tu mati kelemasan.. hurmm tatau nak kata apa dah.. nasib baik budak-budak tu bukan kat rumah sini, kalau tak, msti jadi lagi sedih.. (-_-)"




sekarang ni dah tak risau sangat nak post apa-apa kat sini, orang tak ramai baca pon tape.. sekurang-kurangnya dah ada privacy huks..

sebelum ni guna networksblog, tapi da tak nak guna, sbb rasa macam da tak privacy.. T__T
so on, deactivate networkblog and i feel free to write about anything i like.. (^^)

Let me introduce you guys my new member of Famili..


It's a BOY.. It's so Fluffy... It's So Black!! and a little part of White..





HIS NAME IS PATCHY!!! tapi famili belah aku dengan Mentua semua pakat-pakat panggil SITAM ... nangesss T_T






ok tu je ak nak lepaskan gian tulis kat blog hari ni.. hehuehuhehu (^^)

Thursday, July 14, 2011

SpontanEoUs THUrsDaY 1

Assalamualaikum w.b.t and Morning peeps..


Dah breakfes? aku makan simple-simple je.. bancuh air 3in1 cecahkan roti yang dah disapu jem coklat.. yummy. Tak sangka lagi berapa beberapa minggu nak masuk bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak. tapi agak sedih sikit, sebab belum ada rezeki untuk berpuasa bersama En.Hubby. Moga-moga keberkatan bulan Puasa ni, rezeki En.Hubby pindah ke sini... Amin.

Pejam celik pejam celik dah nak dekat setahun perkahwinan kami.. alhamdulillah moga kami akan berkelakan hingga ke akhir hayat. Selama kami berkahwin banyak asam garam manis pahit kami lalui, tangisan, gelak ketawa, merajuk manja, makan hati semua serba lengkap. tapi itulah penyeri bagi kami berdua. Tapi agak terkilan sebab orang asyik bertanya tentang cahaya mata.. Wahaila manusia, sesungguhnya kami tak merancang yea. Tapi dah belum tiba waktu yang Allah tetapkan.. bersabarlah. Lagipun jika aku sudah punye isi.. siapa yang akan jaga aku? siapa yang akan bawa aku ke klinik jika terjadi apa-apa? siapa yang akan bertanggungjawab? En.Hubby jauh dan aku hanya keseorangan di sini.. Cakap senanglah, orang lain boleh buat itu ini sendiri.. tapi bagi aku dan perspektif aku jauh berbeza.. Dan aku redha serta bersyukur, kerana Tuhan lebih mengerti keadaan kami.. sekali lagi aku ulang. KAMI TIDAK MERANCANG. Rezeki belum menyebelahi kami...


Aku bahagia sebab kedua pihak keluarga kami tidak mendesak dan bertanya soalan sensitif ni, diorang lebih suka kalau En.Hubby pindah dulu baru aku pregnant. Bersyukur sekali lagi kerana dikurniakan keluarga yang menyokong dan memahami. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... bab sedara mara tu biasalah, dorang mane nak faham. sebab kami ni bukan anak diorang pun. haih la..... penat menjawab.. (^^)

Dalam bab perut En.Hubby memang senang, sebab dia tak memilih, cuma tak makan makanan yang pedas sangat. Dia ada gastrik, jadi kenela jaga, baik mencegah dari mengubat ye tak? lagi satu dia tak makan makanan yang bercuka, sebab tu akan memudaratkan lagi gastrik dia, bila bab sayur pulak dia kurang makan makanan yang mengakibatkan angin.. ikan dia belasah, udang tak berapa, daging dia suka.. kalau aku pulak sayur semua aku hentam, ikan pulak.. aku tak makan ikan air tawar, sebab banyak kali kena, ikan yang dah masak tapi rasa hanyir.. kembang tekak, since tu aku tak berapa gemar ikan air tawar, lau ikan keli yang bukan bela aku makan. hehehe.. bab pakaian En.Hubby memang tak cerewet. sebab dia bukan jenis kejap2 nak baju baru. kalau macam tu.. bankrupla.. hahah yela, dia memang tak cerewet nak baju baru, tapi dia cerewet dalam pemilihan jenis fabrik... kalah mak.. hahaha. Aku jenis mane cantek je, rembat. senang hidup, tak payah pening-pening. aku ni senang dijaga. (eh iyela tu.. T.T )

Walaupun En.Hubby tak sekachak JOhny Dep (betul ke aku eja)... wahh kelassssss. nak yang hollywood je.. aku tetap sayang dia seadanya. Kerana aku dari tulang rusuk dia yang telah patah.. I lOVE U SO MUCH LAh En.Hubby... tunggu anibeseri I kasi U hadiah k... ermm tengah pening nak kasi dia apa.. huuu




http://www.emocutez.com