Wednesday, April 13, 2011

She Is A Great Mom

Dalam usia yang aku rasa masih muda ni.. satu kehebatan yang aku lihat dalam diri dia,
Dia dipisahkan dengan ibunya ketika masih belum putus menyusu, namun... kerana sayang dan takut dia di apa-apakan oleh keadaan. Aku terpaksa, kerana aku telah jatuh cinta dan kasih yang teramat padanya.

Pertama kali aku memandangnya, sungguh indah sekali keletah manja dan renungan yang menyentuh jiwa seorang wanita seperti aku. Aku berjanji pada saat itu, akan ku tatangnya seperti minyak yang penuh, setiap kali aku pergi membeli belah, aku pasti akan singgah ke kedai yang menjual aksesori atau keperluan dia. akan aku belek setiap produk yang terbaru. Aku sanggup belikan dia tempat tidur dan tempat untuk membuat manicure.. ini semua kerana kasih dan cintanya aku padanya.

Dan sekarang dia telah dewasa.. walaupun bagi aku dia masih keanak-anakan, masih ligat seperti remaja, namu aku akur.. takdir telah menentukan, dia kini lebih matang dari yang aku sangkakan. Dan aku terharu serta bangga melihat dia begitu hebat, mungkin naluri itu telah timbul ketika dia dalam tempoh bunting.

Kini.................... tarikh keramat untuk anak sulungnya 7 April 2011 jam 5 pagi... dia telah selamat melahirkan seekor anak kucing yang sangat comel. walaupun warna badan tidak ikut warna ibunya, namu dia tetap comel seperti ibunya. Ibunya amat matang, dia sentiasa berada disamping anaknya, dan akan pergi hanya untuk makan dan ke toilet.. kadang-kadang, lucu bila melihat dia menggigit manja dengan anaknya... anaknya masih belum boleh melihat dunia, kerana ia masih baru...


Aku amat bangga dengan kematangan dia menjadi ibu yang hebat untuk anaknya. Sedangkan haiwan amat kasihkan anaknya.. inikan manusia yang selalu membuang benihnya sendiri.. fikirkanlah, aku menjadikan kisah COMEL sebagai pengajaran dalam mengasihi anak. jujur aku katakan. AKU BERSYUKUR DAN BANGGA MEMPUNYAI KUCING SEBIJAK ITU.

SEkian............





p/s : anak kucing belum boleh dipaparkan dalam blog, sebab orang kata baru lahir jangan ambil gambar, takut cepat mati.. tunggu la masa yang sesuai nanti.. tapi anak kucing tu memang comel (bagi pandangan mata aku)

2 comments:

  1. alolo..nnti paparkan pic anak dia ea. muka dia comel nk. mmg terserlah sifat ibu mithali dia..hehehe

    ReplyDelete
  2. ermm insyaAllah pas a month mungkin boleh kut, now bru nak belajar berjalan, still merangkak2.. n mata dia da buka dah.. so bulat.. hehe soon i will post in my blog (^^)

    ReplyDelete