Friday, May 20, 2011

Pengajaran

Masa aku balik petang semalam, aku ingat nak singgah dekat stesen minyak shell. aku macam biasalah ikut dari jalan cyber ke putra. sekali bila da sampai simpang trafffic light yang nak menuju p8. ak kat depan sekali sebelah aku pulak ada van (rupa macam van catering). aku ni jenis kalau da sampai traffic light memang malas nak usha orang kiri atau kanan. nanti tak pasal-pasal orang sebelah ingat aku nak usha dia. aku buat selamba je tunggu lampu nak hijau.

dalam seminit macam tu, aku perasan van sebelah aku ni naik turunkan window belah penumpang depan. aku ingatkan dia nak main-main (hoo sungguh perasan aku waktu tu, aku tetap tak layan)
kat traffic light yang ni memang lambat nak hijau.. sabar jela. tiba-tiba van sebeleh turun kan tingkap, driver dia duk lambai-lambai (ingat nak usha so malas pandang)

http://www.emocutez.com

bila da banyak kali dia lambai aku pun pandang, (waktu tu dah rimas tengok kelibat dia melambai-lambai) . tengok mulut dia tekumat kamit sambil pandang aku. aku mana nak dengar, dah tingkap tutup kut.... lepas aku turunkan tingkap. sekali................

dia tanya "dik, KASTAM kat mana?"
aku : (dah blur tak tau KASTAM kat mana) errrrrr dekat round about tu.... (padahal aku siyes tak tau, maaf ye bang) (T.T)

http://www.emocutez.com

waktu tu hanya Tuhan je tau betapa aku MALUUUUUUUUUUUUUUUU
hahahah perasan giler orang duk usha (tak sedar yang aku ni mana lawa, demok lak tu lepastu kan dah jadi bini orang) huuuuu

http://www.emocutez.com

Kesimpulan dan pengajaran untuk aku : Lain kali jangan ingat orang duk lambai atau pandang-pandang sebab nak usha, tengok kes semalam orang tu cuma nak tanya direction je.. huwaaaaaaaaaaaaa

1 comment:

  1. ahahahhahahhaa..
    prasaaan tol kwan ak sorg ni..huhuu

    ReplyDelete