Tuesday, May 24, 2011

sAKIT @ Dugaan

Hurmm hari ni macam-macam lah berita yang tak seronok nak di dengar atau baca.. ak tahu, kita sebagai manusia tak pernah lari dari di landa masalah. tak kisahla yang kecil atau yang sampai tak dapat di tanggung hingga menyebabkan tekanan perasaan.

Rasa nak menitik air mata bila mengenangkan semua ni. kadang-kadang dari masalah ni semualah kita dapat belajar menjadi seseorang yang lebih matang dan tak mudah untuk melatah. Dan kita sebagai manusia tak pernah lari dari meletakkan kesalahan atau masalah yang datang ke atas orang atau benda lain... Kerana kita ego, malu untuk mengaku di mana silap kita.

Aku bukan nak mengata orang lain. aku cume nak mengingatkan diri aku supaya mempositifkan diri ini. Seperti orang lain aku impikan kehidupan yang normal.. tanpa membezakan diri kita. Namun, tidak normal lah aku jika tidak menghadapi cabaran kehidupan atau masalah... Sayu sangat hati ni..

Hari ni terasa berat beban yang ditanggung, biasalah dari hal yang remeh temeh hinggalah hal yang besar yang melibatkan kehidupan orang lain.



Di sini aku nak minta maaf kepada sesiapa yang pernah aku sakiti, tak kiralah secara lisan atau perbuatan. mungkin aku sedar dan mungkin aku leka waktu itu.. Andai hayat dikandung badan kemaafan yang aku pinta....


p/s : TAKDE MOOD SANGAT-SANGAT..

2 comments:

  1. chill oke...hidup ini terlalu singkat untuk dibiarkan berlalu tanpa erti..:)

    ReplyDelete
  2. tanx kancilbiru.. :) sye percaya semuanya akn menjadi lebih baik...

    ReplyDelete