Tuesday, June 11, 2013

KetaGihan / Bertagih / Tagih ehh??





Assalamualaikum.


taknak cakap banyak...

emosi tak stabil. Angau datang melanda. Semua ni salah awak?
hey yea.. awak..
Pinjam eh Google..

sebab awak sweet sangat...

oh my.. boleh kelaut layan teletah awak. haih giler giler giler (i'm sorry i'm addicted)

Hari-hari saya tunggu awak muncul, bile dah muncul.. terasa haih.. suweettnye dia.. kemain sweet, husband kat sebelah nsib memahami.. so layan kan je bini tengah angau. Siap feeling2 bertepuk tampar kat husband nak bagitau awak suweet sangat. ahahha

Ok saya nak bagitau orang lain yang awak suweett melampau2 dalam Teduhan Kasih. awww.. haha
sweet jaga Iffah yang innocent tu.. protective dad untuk adam, strict pada pembuli iffah..

kan suweettt tu namanya.. haih..

kalau sehari missed, rasa tak keruan, kalau masak untuk berbuka kenela cepat2 siap then tercongok depan tv nak tengok betapa suweetnya awak dan iffah.. Haih Ihsan..


pinjam google lagi
(setiap hari isnin smpai khamis jam 7malam @ TV3)


Friday, June 7, 2013

Baking : Moist Choclate Cake with Choc Topping






Assalamualaikum (Salam Hari Jumaat yang Barakah)

aku suka makan kek.. tapi tak semua. Kek yang paling aku suke sangat adalah CHEESEEEEEECAKE.
SEDAP HINGGA MENJILAT DULANG hahaha.

ok sebenarnya aku bukan nak cerita pasal cheese kek, tapi nak cerita pasal kek coklat Moist.. eh tetiba..
(aku memang suka lompat-lompat cerita).

kek yang baru lepas kuar dari oven panas-panas...

yang dah siap topping bagai.. (packaging hebat macam nak pergi jual kek)

Aku ni tadelah hebat sangat sampai boleh masuk pertandingan masak atau menjual pun, setakat boleh lalu anak tekak husband dan kengkawan kira ok la tu.. kira da lulus la nak buat makan-makan heeee

semalam aku bawak kek coklat moist yang sangat2 banyak topping coklat yang aku letak.. perghh memang terbaik siap nangis-nangis time makan akibat terlampau kecoklatan. lelebey pulak angkut timba kan. sadis.

ni resipi


APA??

OK TADE RESIPI SEBAB AKU PAKAI TEPUNG SEGERA (brand whtie wing "moist choclate cake"). HUU MAAF

tapi tepung ni memang sedap. tak mahal pun, bawah 10rgt boleh dapat saiz kek yang mcm ala-ala 1kg.

kat bawah ni bahan aku buat topping ala-ala diba de diva kelassss hahaha


Bahan-Bahan topping

1 Sudu Butter (aku pakai Farmcows, semua kek atau biskut butter ni je aku pakai sbb dia tak rasa masin dan makanan akan jadi lagi sedap)

1/2 cawan Serbuk KOKO (brand tak ingat)

1/2 cawan susu pekat (aku pakai F&N)

1 bungkus baking choclate (macam kat gambar bawah)

1/2 cawan susu segar (aku pakai yang perasa coklat)

*extra aku letak CAdBury bagi lagi rasa lemak yang sedap (letak ikut suka nk banyak mane)

Cara masak :

masukkan butter dalam kuali dan cairkan, lepastu masukkan susu cair, coklat kacau smpai sebati, kemudian masukkan serbuk koko dan susu segar tadi. Kacau hingga masak (agak likat dan dah boleh buat topping).

ni antara bahan topping (tapi tak semua sbb lupa nak snap)



Wednesday, June 5, 2013

Mini Deco Bedroom





Assalamualaikum..


Kerja dah siap.

bosan melangut, otak tengah fresh so nak menaip sikit.. Exercise jari jemari dulu.


Hari sabtu ahad lepas tade buat apa-apa pun. Lebih pada Kemas rumah yang macam setahun tak pernah buang habuk. hamik kau.. sampai gatal-gatal kulit sapu sawang yang tak berapa nak nampak.

Dengan vacumn, sapu sawang, Mop lantai (ok tu perkara basic diba.. fine)

yang tak biasanya sisih barang-barang yang terasa tak nak dah. punggah dan sisih semua tu.. haaa.. dua plastik beg sampah yang besar tu... (nampak sangat aku jenis kumpul surat-surat tak penting dengan barang kecik)

Tips nak bersihkan rumah. Make sure kurung dulu anak-anak bulus a.k.a kucing kat bilik lain. kalau tak... korang akan dapat assistant merangkap tukang lap lantai lepas korang mop. sebab..... aku dah kena banyak kali... siap dapat signature cap kaki tiga.. stress..

bila dah kemas baru terasa OH RUMAHKU SYURGAKU...... sempatla deco-deco bilik, setakat susun atur balik je.. siap tampal-tampal sticker kat dinding.



Sticker ni beli dekat mini gerai area the curve. sangat-sangat sangat puas hati (nak tunjuk ia sangat berbaloi)
Harga affordable, dan part yang aku suka.. tak macam sticker lain background nya ada kaler putih la kaler lain la... tapi yang ni.. TRANSPARENT U'OLLS...... so tak kisahla dinding kaler apa pun.. lekat je,
Lagi satu sticker dia jenis tebal so tadelah terkoyak bile nak buka tampal buka tampal bekali-kali. Orang kedai cakap boleh tampal buka dua kali je, kitorang bekali-kali buka sebab tak center (tade penyukat tpaksa pakai selofantape.. tatau eja).  Tauke tu kata lagi, once korang dah tak suka atau dah jemu lepastu nak tanggalkan dan buang, just blow kan ia pakai hair dryer... sangat mudah....

suka-suka suka... sejuk rasanya nak tido malam-malam. heheh


Rumah akan datang nak deco-deco pakai sticker ni jugaklah. sekarang tak boleh deco over sangat, sebab kuarters.. haih...


Tuesday, June 4, 2013

Cerita aku setelah sekian lama..





Assalamualaikum


Alhamdulillah.. masih lagi panjang umur. Dah lama aku tinggalkan blog yang dulunya meriah buat aku untuk berkongsi segala idea (preparation nak kahwin)

lepastu tu berita gembira pasangan yang dah bertambah ahli keluarga memilukan aku.  Hati terasa ditampar dengan berita gembira mereka.  Aku tak pernah marah, cuma sedih.. kerana............ aku masih berdua bersama En. Hubby. Hampir 3 tahun Usia perkahwinan Kami. Macam2 kami lalui bersama, sekarang aku menganggap sahabat yang paling baik tak kira suka atau duka adalah suami ku sendiri.

Usaha?  dah.. tapi mungkin tak cukup. Doa? pun sudah... cuma............. belum pegi berubat di Klinik lagi.
Takut kalau2 ada yang tak kena antara kami..

Puas sudah air mata ni mengalir..

ayat kawan-kawan. biasalah, ada yang tanya samada merancang. (jawapan aku TIdak sama sekali)
ada yang suruh berurut (jawapan aku Sudah)
ada yang suruh Pergi Klinik (jawapan aku nanti, sebab takut hehe)

walau apa pun yang berlaku, aku tetap tabah untuk semua ini untuk suami ku...


B... sayang minta maaf andai sayang tak sesempurna dan sesolehah isteri yang B impikan.
sayang cuba yang terbaik untuk kita berdua..

Moga-moga, satu hari nanti Kita Berdua akan jadi kita Bertiga In Sha Allah..

Mohon kawan-kawan blogger doakan buat kami.. Teringin rasanya nak hidup bertiga (^^)


(di saat aku menulis blog, keadaan aku tak berapa sihat, alhamdulillah.. berharap ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil)