Tuesday, June 4, 2013

Cerita aku setelah sekian lama..





Assalamualaikum


Alhamdulillah.. masih lagi panjang umur. Dah lama aku tinggalkan blog yang dulunya meriah buat aku untuk berkongsi segala idea (preparation nak kahwin)

lepastu tu berita gembira pasangan yang dah bertambah ahli keluarga memilukan aku.  Hati terasa ditampar dengan berita gembira mereka.  Aku tak pernah marah, cuma sedih.. kerana............ aku masih berdua bersama En. Hubby. Hampir 3 tahun Usia perkahwinan Kami. Macam2 kami lalui bersama, sekarang aku menganggap sahabat yang paling baik tak kira suka atau duka adalah suami ku sendiri.

Usaha?  dah.. tapi mungkin tak cukup. Doa? pun sudah... cuma............. belum pegi berubat di Klinik lagi.
Takut kalau2 ada yang tak kena antara kami..

Puas sudah air mata ni mengalir..

ayat kawan-kawan. biasalah, ada yang tanya samada merancang. (jawapan aku TIdak sama sekali)
ada yang suruh berurut (jawapan aku Sudah)
ada yang suruh Pergi Klinik (jawapan aku nanti, sebab takut hehe)

walau apa pun yang berlaku, aku tetap tabah untuk semua ini untuk suami ku...


B... sayang minta maaf andai sayang tak sesempurna dan sesolehah isteri yang B impikan.
sayang cuba yang terbaik untuk kita berdua..

Moga-moga, satu hari nanti Kita Berdua akan jadi kita Bertiga In Sha Allah..

Mohon kawan-kawan blogger doakan buat kami.. Teringin rasanya nak hidup bertiga (^^)


(di saat aku menulis blog, keadaan aku tak berapa sihat, alhamdulillah.. berharap ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil)

2 comments:

  1. ini adalah salah satu janji Allah pd manusia...
    manusia di turun kan ke dunia nie..akan melalui pelbagai cabaran..dugaan..ujian dr Nya.. Mungkin Allah sedang menguji kite...wlaupun pd dasar nyer ati dan perasaan nie hanya kita je rasa tapi percaya la..Allah lebih mengetahui ape yg terbaik untuk kita...Sabar k beb.... :)

    ReplyDelete
  2. Sabar dah semestinya.. tapi kadang tu terkalut jugak. biasala manusia biasa je...

    mungkin suatu masa dulu aku pernah kat atas (aku tak sedar) mungkin sekarang aku di putarkan kebawah seketika...

    usaha jela yg penting..

    ReplyDelete