Saturday, March 26, 2011

rinDU kaMU

selamat tengahari, dah lama tak update cerita apa-apa. (^^)

Dah 8 hari aku dekat INTURA ni.. hati semakin rindu, rindu yang membuak-buak. Rindu ku pada blog... nak publish cerita pun tak sempat, letih sangat.. hehehe setiap hari mengira jari bila la dapat balik ke rumah sendiri..

Pernah tak korang rasa bila pergi ke sesuatu tempat, untuk hari pertama dan kedua rasa macam lambat je.. bila dah masuk hari ke 3 atau 4, tiba-tiba masa yang berjalan sangatlah laju.. sampai tak sabar-sabar dah nak balik ke pangkuan.. tapi kelebihan berada di kursus ni, kita dapat mengenali orang lain yang bukan kebiasaan jumpa di pejabat hari-hari, lain orang lain kerenah.. ada yang jenis boleh terima apa sahaja pandangan yang kita usulkan. tetapi ada yang memang tak boleh terima langsung idea kita. Pada mulanya dia membuat mimik muka yang dia memahami apa yang kita cuba sampaikan tapi di akhir perbincangan dia kalau boleh reject habis-habis cadangan kita. Jadi untuk tidak mengalah pada orang macam tu, kita sendiri harus tegas pada cadangan kita, yela kekadang idea yang dia pertahankan tu macam tak masuk akal.. sangat geram bila berhadapan orang macam tu. Kita pula perlu bertindak seperti professional samada menolak cadangan atau menerima kita harus memikirkan kebaikan keburukan sesuatu cadangan yang disarankan oleh orang lain.

Kita jangan perlekehkan orang yang lain. mungkin dia lebih berpengalaman dengan projek yang perlu dibuat, jadi kita sebagai orang yang cetek ilmu haruslah menerima nasihat yang diberikan oleh orang yang berpengalaman. Jangan ingat kita berpangkat dari beliau, kita fikir segala pandangan atau usul yang diberikan tak berfaedah. mungkin dia lebih memahami dari apa yang kita tahu.. bak kata orang jangan jadi "BODOH SOMBONG" (maaf jika aku menggunakan perkataan yang agak kasar).

Yea, entry kali ni aku sekali lagi ingin meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap individu yang Bodoh sombong. JIka kita menjadi ketua kumpulan sekalipun jangan jadi ketua yang ditaktor.. jadilah ketua yang demokrasi. menerima cadangan yang membawa kebaikan kepada projek yang perlu diselesaikan. Seperti yang aku ceritakan di atas tadi, kami menusulkan cadangan tetapi dalam bahasa yang sangat halus dan ada unsur sindiran beliau menolak bulat-bulat cadangan kami. wah............. yea.. kamulah orang paling hebat. tiada orang yang lebih hebat dari kamu. erghhhh sangat menyampah bila terlihat muka kamu.

sudahlah. makin banyak cerita kamu di blog aku ni, membuatkan aku makin sakit. tahu tak sakit apa? ... SAKIT HATI TAHU!!!. buang masa saja aku memikirkan tentang kamu yang sangat menjenggelkan tu. Baik aku selesaikan tugasan individu aku yang cukup memeningkan kepala dan menyemakkan jiwa raga.

Wassalam...



p/s : tak sabar nak tunggu 31hb ni.. nak balik. nak jumpa suami dan comel yang tercinta.. hehe (^^)

Sunday, March 20, 2011

20 Mac 2011

sekarang ni tengah dalam kelas... tehehehe
got a stock of food for emergency (ngantuk) (^^,)


see u guys after 4th April 2011...
npe lama sangat eh? heheh sebabnya, aku balik 31 Mac 2011, tapi aku terus balik kampung, sana tak dapatlah nak update, broadband tade.. lagipun line cam hanjing.. hahaha
1 hingga 4 april pulak aku cuti..

so ak update balik 5 april... weeeee



eleh..........korang takdenye nak heran aku update ke tak, aku bukannya hot pun.. hahaha


tatatitittutu... (^^,)

Saturday, March 19, 2011

19 Mac 2011 Part 2

Hee dah sampai.. memang krem duduk dalam kereta lama-lama...
aduh..
dah check in for a room..
beratnya nak suruh En.Hubby balik... huuuu (rasa macam masuk asrama balik.. sayu)

19 Mac 2011

Right now I'M ON MY WAY TO KEDAH....
fuhhh perjalanan yang sangat jauh dan lama.. penatla satu badan camni, walaupun aku hanya co-pilot. tehehehe



Course @ sungai petani

Journey : Putrajaya to Sungai Petani


its going to be 2 weeks at here... gonna miss my En.Hubby and all of my friends.. (^^,)

Friday, March 18, 2011

Selena Gomez & The Scene - Who Says - Music Video - Radio Disney



bergembira dengan diri sendiri...
pedulikan apa orang nak kata..
jadilah diri sendiri..

LOVE IT....

see u guys again..
dah nak balik. tehehe

Jom Belajar Bahasa Dengan Betul!!



suka dia..
ni AnwarHadi.. sangat cool..
macam cikgu bahasa yang comel
(oh dear, kalau En.Hubby baca, sila jangan jeles... sbb awak pun comel)
give me an inpiration to correcting my word..
*selama ni memang suka guna bahasa merapu. maaf-maaf.. (T.T)

♥ You Got Me ♥



I love this song so much..
and character was so damn cute..
and this totally for my lovable people in my life..
especially husbend, family and friends...
and ofcourse.. my loyal reader..
love u all..



eceh jiwang lak pagi-pagi ni.. tehehehe

JUmaat Yeay!!

Nape macam hepi sangat ni? mestilah rasa bahagia.. sebab En.Hubby petang nanti datang... sebab esok kitorang ada perjalanan yang jauh untuk ditempuhi.. En.Hubby akan hantar aku ke Kedah.. atas urusan rasmi...

hehehehehe sekian untuk pagi ni...
(ngah takde idea..perghh)

Thursday, March 17, 2011

I ThiNk........ PRegNant!!!

Selamat petang..

Dah berapa hari tak update blog, mesti korang menyampah bila tengok list je tajuk yang sama, tengok review je tajuk yang sama... maaf yea, tiada keizinan oleh waktu.. :) Dalam seminggu ni macam pelik sikit, sebab.... aktiviti dah jadi bukan kebiasaan.

Dulu aktif je, pantang di cabar laju je langkahnya, tapi minggu ni bila dia acah-acah sekejap je berlari-lari anak, selebihnya banyak duduk sambil termengah-mengah.. badan pun makin berisi, terutama sekali bahagian perut, memang jelas sangat, lepastu.. ermm dekat Br****** pun dah nampak lain. maaf yea kalau aku guna perkataan macam tu,

Lepastu sekarang ni memang cepat sensitif, kejap-kejap minta dibelai dimanja.. adui.. ngada-ngada betul.. tapi sabar.................. kalau bab makan tak payah cakaplah, memang juara, cepat je dah licin bekas tu.. nak air pun memilih, susah-susah..


























































tapi bukan aku yang pregnant... hehehe
si tembam keshayangan aku la macam pregnant.. lepas aku bawak dia balik kampung dan kebetulan dia macam kawin dengan kucing mak aku, terus dia da tak buat bunyi kucing gatal sampai sekarang... dan perut dah besar, bila kita sentuh perut dia, mesti dia marah... garang tau sekarang ni, semalam tengah aku duduk depan tv, dia elok masuk dalam laci terbukak kabinet tv, dia kuis-kuis buku yang ada kat situ... eeee... risau ni..
kalau betullah dia bunting.. macammana? dan aku takkan ada kat rumah untuk masa yang panjang.. kalau dia terberanak waktu aku takde, sape nak bersihkan tempat dia beranak tu.. haih la...



risaunya nak tinggalkan busyuk chomel sekor ni... auuuu



shayang dia...





ceh.. tunjuk la tu, yang dia tu cun melecun..
gigit kang.. aummmm!!



sekian...................






p/s : aku berkemungkinan tak update blog untuk tempoh 2 minggu mulai 19 mac.. TQ (^^)

Tuesday, March 15, 2011

Its Tuesday but.....

Morning...
semalam dapat perkhabaran yang menyedihkan hati, yang membuatkan kami suami isteri rasa sayu sangat.. jadi hari ni mungkin aku takkan buat apa-apa entry, kalau terlintas nak post aku akan buat baru.. tapi disebabkan hati ni rasa sayu, sedih, kosong dan hanya mampu beristighfar so aku tak ada apa-apa nak digebangkan.. :(

Semoga En.Hubby tabah dengan segala dugaan dan rintangan yang dihadapi buat masa ini... Sesungguhnya Allah lebih menyayangi insan yang sentiasa ingat kepada-Nya..
sabar ye sayang... isterimu akan sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu...




Monday, March 14, 2011

Gembira dan Terkejut :D

Selamat pagi. Harap sesiapa yang membaca coretan aku yang tak se gah blogger hebat mempunyai hari isnin yang ceria, sebab aku pun ceria.. hehe Minggu lepas aku amik cuti khamis dan jumaat, jadi aku nak wat preview sikit.. gambar tiada dalam simpanan aku, sebab ada pada En.Hubby. nasibla.... kamu-kamu semua tunggu yea.. kalau taknak tunggu pun takpe, aku tak paksa. hehe

Khamis,

hari pertama aku cuti minggu lepas, mesti kamu-kamu ingat aku duduk rumah goyang kaki kan.. eee tidaklah.. mau krem kaki adala. sebab pagi-pagi lagi En.Hubby suruh siap-siap dan temankan dia pergi beberapa Kementerian semata-mata untuk urusan rayuan dia pindah dari tempat kerja dia sekarang, so untuk menjadi isteri yang terbaik, aku pun ikutla... walaupun dalam hati malas belaka. hahaha bila dah selesai semua urusan dia dan dia pun dah dapat penjelasan yang dia mahukan, kitorang pun balik la... lepas tu aku tak ingat apa yang aku buat kat rumah, yang aku ingat petang tu aku pergi rumah kawan hantar barang dia, dekat rumah dia pulak sampai jam berapa ntah.. ok seriously memang tak ingat jam berapa, :p lepas je pergi rumah kawan yang sorang ni, pergi singgah lagi rumah kawan yang dekat area rumah aku, nak ambil barang, siap boleh duduk dalam 5 minit, tapi En.Hubby tak dibenarkan masuk, sebab tu rumah anak dara, bahaya okey.. :) dah sampai rumah tu, memang dah penat habis dah, makan-makan, duduk depan tv sekejap, lepastu tidur... kiranya aku penat berjalan jela.. hehehehe

Jumaat

pagi tu lepas je breakfast terus packing baju masuk dalam luggage, siap kemas rumah bagai, kitorang terus gerak pergi alamanda kejap, mula-mula nak tengok wayang, tapi nak kejar masa punya pasal, tak kesampaianla nak tengok MH, urmmm pergi singgah watson beli barang sikit dan makan McD je.. hehehe senang dan cepat. Jam 1.00 petang macamtu kitorang gerak pergi ofis aku sekejap, ambil baju untuk main bowling, aku tak hebat pun.. asyik baling je masuk longkang.. ermmm so takde benda nak gebang bagai.. :'( kitorang main bowling dalam jam 3 petang, agak lewat dari waktu yang ditetapkan.. main 3 game da lenguh jari-jari.. nak baling tuk game yang ketiga memang dah haru biru aku dibuatnya.. siap boleh bola terlepas kebelakang.. malula sesangat.. rasa nak sorok muka dekat tempat pin jatuh tu.. hahaha betul-betul kitorang dah habiskan game, terus cabut balik, dah tak kisah dapat nombor berapa dalam pertandingan tu.. lantakla... nak mengejar balik ke ipoh lagi.. takut jem.. sekali ha memang betul jammed.... patut jadi 3 jam terus jadi 4 jam... penat.. walaupun bukan aku yang drive.. tapi aku tetap penat.. sebab penat tidur, :D minta maafla aku bukan co-pilot yang berhemah, masuk je kereta terus lesap. sampai rumah PIL dalam jam 12 lebih..

sabtu

Hari bersejarah buat sis in law aku, hari dia mengikat janji bersama orang yang dia sayang.. congrats sis.. :) kitorang buat majlis tertutup je... hari besar dia dalam tutt... tahun.. hahaha.. tunggu la. lagipun tak dapat kebenaran untuk menggebang kan citer dia.. so aku boleh cakap dia dah separuh jadi milik orang.. so swit of them. hehe pada masa yang sama first time aku makeupkan orang untuk hari penting camtu... erkkk tataula jadi apa.. nantila aku tunjuk gambar.. mesti korang rasa ermmmmm... tp bagi aku, aku dah cube beri yang terbaik untuk dia.. aku nak dia cantik itu saja... tapi atas sebab kelemahan aku... hasil tak sehebat mak andam yang pro.. aku setakat lukut di tepi gantang je... majlisnya meriah.. siap sekali dengan sambut hari lahir sepupu, hehehe seronok jugakla..Diorang nampak akrab sangat... :)

ahad

En.Hubby pagi-pagi dah tinggalkan aku kat rumah PIL, so aku lepak dengan diorang jela.. En.Hubby pergi belajar ambil pic orang kahwin, aku support je dia, so far dia ambil gambar dah banyak beza, dah cantik, aku bangga dapat suami seperti dia.. tau tak sebab apa? sebab....... nanti kalau aku preg tak payah susah-susah upah orang ambilkan photosht untuk preggy.. En.Hubby kan ada... pro lagi.. so sangat bertuah dapat suami seperti dia.. hehehe :) kitorang gerak balik putra hari ahad petang.. tahu tak??!!! jammed tersangat jammed! bayangkan gerak dalam jam 4 petang, tapi sampai putra jam 9 malam.. memangla menguji kesabaran.. so malam tadi sampai rumah kemas-kemas beg sikit, terus tidor...



Hari ni... pagi tadi hantar En.Hubby kat Putrajaya sentral, tapi kesian, kitorang sampai tepat jam 7.30 pagi, ErL dah terlepas, so dia terpaksa tunggu lagi setengah jam, dalam jam 8 pagi baru dia dapat Erl nak ke BTS... apa-apa pun, terima kasih En.Hubby sebab ambil cuti seminggu semata-mata nak temankan isterimu yang tak berapa nak sihat... :) IM SO GLAD BE BESIDE U..

Wednesday, March 9, 2011

Mornig peeps.. (^^,)

Pagi ceria sangat... haha sebab memikirkan hari last kerja tuk minggu ni., apakah? yea, aku ambil cuti rehat 2 hari, nak temankan En.Hubby yang ada dekat sini... Dia ambil cuti seminggu, jadi aku pun perlu dan harus ambil cuti jugak, aku taknak ambil cuti direct 5hari untuk minggu ni, sayang woh.... nak jimatkan cuti jugak, mana tau nanti-nanti ada emergency ke, lepastu cuti dah habis, meracau la aku nanti..

Tengah aku blogwalking pepagi ni, tetiba aku teringat kes aku tercabut sandal lepas beli dominos.. hahah mesti hebatkan.. yela.. dominos boleh buat aku tercabut sandal.. aduh.. malu sangat, nasib baik kejadian tu waktu malam, cuba kalau waktu siang dan orang ramai lalu lalang kat situ.. lagi la aku berdrama bagai nak rak. Malam tu hari minggu, jangan ditanya minggu bila, bulan berapa, haribulan berapa.. memang aku lemah ingatan, aku cume ingat kejadian tu dan tempat kejadian jea... tau-tau.. masa malam tu aku berdating dengan En.Hubby, sekali perut da sampaikan salam minta di isi.. tetiba teringat dominos punye chiken wing... sedap, tu yang ajak En.Hubby pergi domino, jam 10 lebih dah, nsib baik belum jam 11 malam, kalau tak.. sah sah la aku akan kempunan nak makan dominos pizza.

Aku pergi Dominos yang dekat presint 8, da order siap.. harusla tunggu kat dalam kedai tu.. dalam 20 minit la siap, da siap bayar bagai, kitorang pergila dekat kereta.. waktu aku nak ke kereta tu.. tak perasan jalan ada lopak ke, bonggol ke, bangkai mati, mane la aku nampak.. jalan gelap hokey.. En.Hubby ambil jalan pintas yang lain, aku pulak ambil jalan yang lain.. lalu la dekat tempat parking motor banyak-banyak depan dominos tu.. kat tangga depan Dominos tu kebetulan ad staff dia lepaking kat tangga tu... aku malas la nak lalu depan diorang, aku ni kan pemalu *(perasan lebih) , dah sampai kat tempat parking tu.. nak dijadikan hari terhebat la katakan.. boleh pulak aku terpelecok sebab ada lubang kecik kat situ.. yang kelakarnya.. tali sandal aku boleh pulak tercabut.. aduh... dah la buku lali sakit kene tayar depan motor yang parking dekat tempat tu, sandal pulak tercabut tali...

Aku tak taula kalau budak-budak yang duduk kat tangga tu nampak aku jatuh ke tak.. memang dah tak fikir apa-apa dah, yang aku tau sakit... aku panggil En.Hubby dia dalam terkejut boleh lagi gelakkan aku.. heee geram betul.. nasib baik aku tengah sakit, kalau tak memang kene ceramah la dengan aku, tengok dekat buku lali takde luka..cuma kulit tersiat je... tapi pedihnya mengalahkan darah meleleh-leleh. Balik terus mandi, tapi tempat luka tu memang takde nak kenakan air, cepat-cepat sapu minyak kat situ.. tidur pun cover-cover, taknak bagi tempat luka tu senggol mana-mana tempat keras.. sangat tak lena.. (-_-")

Lepas kejadian tu, aku da seram nak pakai sandal tebal pergi jalan.. takut terpelecok lagi.. hahahah. Yela.. luka tu 3 hari baru baik. tiap kali nak mandi, confirm pedih.. huuu aku sayang sandal tu.. huwaaa... walaupun kekadang dia menyakitkan, tapi aku tetap suka..

moral of the story, takyahla nak cover cun sangat depan orang lain, awak tu da bersuami.. hahahah :p

Tuesday, March 8, 2011

CanTiK BeRAlun

Assalamualaikum w.b.t and Morning ols..



SELAMAT HARI WANITA UNTUK WANITA SELURUH DUNIA..

BERSYUKURLA KITA DIJADIKAN SEBAGAI SEORANG WANITA
KERANA WANITA ITU AMAT BERHARGA DAN LEBIH BERNILAI DARI APA2 PUN
WANITA JUGA MUDAH MASUK KE SYURGA
JIKA KITA MENURUT PERINTAH-NYA SERTA MENTAATI IBU BAPA DAN SUAMI


itu sahaja ucapan untuk wanita atau gadis2 diluar sana.. tapi wanita juga amat mementingkan mahkota diri (rambut).. samada yang freehair atau yang bertudung... macam aku yang bertudung, kalau nampak saja rambut hujung yang bercabang, da rasa sedih kemudian mula la fikir nak buat treatment itu dan ini.. hehe bagi aku itu semua normal kan.... (^^)

Dari kecil lagi aku nak sangat simpan rambut yang panjang dan sihat, sebabnya.... masa aku kecil-kecil mak aku selalu wat rambut aku stok budak lelaki.. dia kata rimas rambut aku menggerbang macam langsuir.. hahaha so tak merasa la nk rambut panjang dan ayu, bila da masuk sekolah menengah baru boleh bela rambut panjang, tapi baru panjang paras dada da kene potong.. kali ni bukan sebab mak aku suruh, tapi hujung rambut jadi bercabang. ermmmm punah harapan.. Bila masuk IPT baru boleh bela rambut panjang sikit, waktu tu heboh pasal buat rebonding, so aku pun nak jugakla ber rebonding bagai.. mula-mula rasa macam cantik sangat, lama-lama masalah hujung bercabang jadi balik.. kene potong...

pinjam gambar cik Google


Majoriti rambut aku panjang tak pernah lepas paras dada... nak cecah pinggang tak pernah sekali, teringin sangat nak ada rambut yang panjang sihat beralun... lembut.. mudah diurus... hai la... angan-angan.. memangla orang kata nak rambut sihat buat treatment, aku da buat tapi kulit muka aku tak boleh kena stim kat salon tu.. sebabnya jerawat akan keluar dengan gembira dan berpesta kat kulit muka aku ni.. da la tak lawa... ada pulak la jerawat bagai ni... ish.. sangat susah hati hokey..

Baru-baru ni rambut aku baru je, aku ulang sekali lagi.. BARU JE... nak sampai paras dada, tiap kali sikat cam sangkut-sangkut, tengok-tengok hujung da start bercabang balik... heeeeeeee sedihnya... OH RAMBUT IMPIAN. DATANGLA PADAKU. SOB SOB SOB...



kalau rambut aku macam ni versi hitam



atau macam ni versi hitam mesti bahagia.... hahahahah



da la... nk sambung buat kerja.. nanti kalau ada benda aku nak gebang,

aku post kat sini lagi.. (^^,)

Friday, March 4, 2011

errrk??







ermmmm cmne nk ckp... setahu aku ofis ak mmg sekali dilarang untuk buka youtube.. tapi msa aku elok blogwalking, aku click dekat link yang blogger tu bagi untuk preview Black Swan..


Haish... really confuse right now...

(-_-")