Monday, March 14, 2011

Gembira dan Terkejut :D

Selamat pagi. Harap sesiapa yang membaca coretan aku yang tak se gah blogger hebat mempunyai hari isnin yang ceria, sebab aku pun ceria.. hehe Minggu lepas aku amik cuti khamis dan jumaat, jadi aku nak wat preview sikit.. gambar tiada dalam simpanan aku, sebab ada pada En.Hubby. nasibla.... kamu-kamu semua tunggu yea.. kalau taknak tunggu pun takpe, aku tak paksa. hehe

Khamis,

hari pertama aku cuti minggu lepas, mesti kamu-kamu ingat aku duduk rumah goyang kaki kan.. eee tidaklah.. mau krem kaki adala. sebab pagi-pagi lagi En.Hubby suruh siap-siap dan temankan dia pergi beberapa Kementerian semata-mata untuk urusan rayuan dia pindah dari tempat kerja dia sekarang, so untuk menjadi isteri yang terbaik, aku pun ikutla... walaupun dalam hati malas belaka. hahaha bila dah selesai semua urusan dia dan dia pun dah dapat penjelasan yang dia mahukan, kitorang pun balik la... lepas tu aku tak ingat apa yang aku buat kat rumah, yang aku ingat petang tu aku pergi rumah kawan hantar barang dia, dekat rumah dia pulak sampai jam berapa ntah.. ok seriously memang tak ingat jam berapa, :p lepas je pergi rumah kawan yang sorang ni, pergi singgah lagi rumah kawan yang dekat area rumah aku, nak ambil barang, siap boleh duduk dalam 5 minit, tapi En.Hubby tak dibenarkan masuk, sebab tu rumah anak dara, bahaya okey.. :) dah sampai rumah tu, memang dah penat habis dah, makan-makan, duduk depan tv sekejap, lepastu tidur... kiranya aku penat berjalan jela.. hehehehe

Jumaat

pagi tu lepas je breakfast terus packing baju masuk dalam luggage, siap kemas rumah bagai, kitorang terus gerak pergi alamanda kejap, mula-mula nak tengok wayang, tapi nak kejar masa punya pasal, tak kesampaianla nak tengok MH, urmmm pergi singgah watson beli barang sikit dan makan McD je.. hehehe senang dan cepat. Jam 1.00 petang macamtu kitorang gerak pergi ofis aku sekejap, ambil baju untuk main bowling, aku tak hebat pun.. asyik baling je masuk longkang.. ermmm so takde benda nak gebang bagai.. :'( kitorang main bowling dalam jam 3 petang, agak lewat dari waktu yang ditetapkan.. main 3 game da lenguh jari-jari.. nak baling tuk game yang ketiga memang dah haru biru aku dibuatnya.. siap boleh bola terlepas kebelakang.. malula sesangat.. rasa nak sorok muka dekat tempat pin jatuh tu.. hahaha betul-betul kitorang dah habiskan game, terus cabut balik, dah tak kisah dapat nombor berapa dalam pertandingan tu.. lantakla... nak mengejar balik ke ipoh lagi.. takut jem.. sekali ha memang betul jammed.... patut jadi 3 jam terus jadi 4 jam... penat.. walaupun bukan aku yang drive.. tapi aku tetap penat.. sebab penat tidur, :D minta maafla aku bukan co-pilot yang berhemah, masuk je kereta terus lesap. sampai rumah PIL dalam jam 12 lebih..

sabtu

Hari bersejarah buat sis in law aku, hari dia mengikat janji bersama orang yang dia sayang.. congrats sis.. :) kitorang buat majlis tertutup je... hari besar dia dalam tutt... tahun.. hahaha.. tunggu la. lagipun tak dapat kebenaran untuk menggebang kan citer dia.. so aku boleh cakap dia dah separuh jadi milik orang.. so swit of them. hehe pada masa yang sama first time aku makeupkan orang untuk hari penting camtu... erkkk tataula jadi apa.. nantila aku tunjuk gambar.. mesti korang rasa ermmmmm... tp bagi aku, aku dah cube beri yang terbaik untuk dia.. aku nak dia cantik itu saja... tapi atas sebab kelemahan aku... hasil tak sehebat mak andam yang pro.. aku setakat lukut di tepi gantang je... majlisnya meriah.. siap sekali dengan sambut hari lahir sepupu, hehehe seronok jugakla..Diorang nampak akrab sangat... :)

ahad

En.Hubby pagi-pagi dah tinggalkan aku kat rumah PIL, so aku lepak dengan diorang jela.. En.Hubby pergi belajar ambil pic orang kahwin, aku support je dia, so far dia ambil gambar dah banyak beza, dah cantik, aku bangga dapat suami seperti dia.. tau tak sebab apa? sebab....... nanti kalau aku preg tak payah susah-susah upah orang ambilkan photosht untuk preggy.. En.Hubby kan ada... pro lagi.. so sangat bertuah dapat suami seperti dia.. hehehe :) kitorang gerak balik putra hari ahad petang.. tahu tak??!!! jammed tersangat jammed! bayangkan gerak dalam jam 4 petang, tapi sampai putra jam 9 malam.. memangla menguji kesabaran.. so malam tadi sampai rumah kemas-kemas beg sikit, terus tidor...



Hari ni... pagi tadi hantar En.Hubby kat Putrajaya sentral, tapi kesian, kitorang sampai tepat jam 7.30 pagi, ErL dah terlepas, so dia terpaksa tunggu lagi setengah jam, dalam jam 8 pagi baru dia dapat Erl nak ke BTS... apa-apa pun, terima kasih En.Hubby sebab ambil cuti seminggu semata-mata nak temankan isterimu yang tak berapa nak sihat... :) IM SO GLAD BE BESIDE U..

No comments:

Post a Comment