selamat tengahari, dah lama tak update cerita apa-apa. (^^)
Dah 8 hari aku dekat INTURA ni.. hati semakin rindu, rindu yang membuak-buak. Rindu ku pada blog... nak publish cerita pun tak sempat, letih sangat.. hehehe setiap hari mengira jari bila la dapat balik ke rumah sendiri..
Pernah tak korang rasa bila pergi ke sesuatu tempat, untuk hari pertama dan kedua rasa macam lambat je.. bila dah masuk hari ke 3 atau 4, tiba-tiba masa yang berjalan sangatlah laju.. sampai tak sabar-sabar dah nak balik ke pangkuan.. tapi kelebihan berada di kursus ni, kita dapat mengenali orang lain yang bukan kebiasaan jumpa di pejabat hari-hari, lain orang lain kerenah.. ada yang jenis boleh terima apa sahaja pandangan yang kita usulkan. tetapi ada yang memang tak boleh terima langsung idea kita. Pada mulanya dia membuat mimik muka yang dia memahami apa yang kita cuba sampaikan tapi di akhir perbincangan dia kalau boleh reject habis-habis cadangan kita. Jadi untuk tidak mengalah pada orang macam tu, kita sendiri harus tegas pada cadangan kita, yela kekadang idea yang dia pertahankan tu macam tak masuk akal.. sangat geram bila berhadapan orang macam tu. Kita pula perlu bertindak seperti professional samada menolak cadangan atau menerima kita harus memikirkan kebaikan keburukan sesuatu cadangan yang disarankan oleh orang lain.
Kita jangan perlekehkan orang yang lain. mungkin dia lebih berpengalaman dengan projek yang perlu dibuat, jadi kita sebagai orang yang cetek ilmu haruslah menerima nasihat yang diberikan oleh orang yang berpengalaman. Jangan ingat kita berpangkat dari beliau, kita fikir segala pandangan atau usul yang diberikan tak berfaedah. mungkin dia lebih memahami dari apa yang kita tahu.. bak kata orang jangan jadi "BODOH SOMBONG" (maaf jika aku menggunakan perkataan yang agak kasar).
Yea, entry kali ni aku sekali lagi ingin meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap individu yang Bodoh sombong. JIka kita menjadi ketua kumpulan sekalipun jangan jadi ketua yang ditaktor.. jadilah ketua yang demokrasi. menerima cadangan yang membawa kebaikan kepada projek yang perlu diselesaikan. Seperti yang aku ceritakan di atas tadi, kami menusulkan cadangan tetapi dalam bahasa yang sangat halus dan ada unsur sindiran beliau menolak bulat-bulat cadangan kami. wah............. yea.. kamulah orang paling hebat. tiada orang yang lebih hebat dari kamu. erghhhh sangat menyampah bila terlihat muka kamu.
sudahlah. makin banyak cerita kamu di blog aku ni, membuatkan aku makin sakit. tahu tak sakit apa? ... SAKIT HATI TAHU!!!. buang masa saja aku memikirkan tentang kamu yang sangat menjenggelkan tu. Baik aku selesaikan tugasan individu aku yang cukup memeningkan kepala dan menyemakkan jiwa raga.
Wassalam...
p/s : tak sabar nak tunggu 31hb ni.. nak balik. nak jumpa suami dan comel yang tercinta.. hehe (^^)
btul2..kengkadang bila dier kt atas,dier susah nk terima idea orang lain..sabo jela..kalo dba jumpa org mcm nie,dba ikutkan ajer..HAHA..menyampah kot..HAHA..over plak!:)
ReplyDeletehuhu..sabo dik sabo :)
ReplyDelete