~~ ni entry luahan~~
sape taknak baca boleh la close page ni,
Kepada kawan yang tak berhati perut :~~~
pilu sangat hati ni bila orang kata kita macam-macam lepastu persoalkan keadaan kita sedia ada. Aku tak mintak atau berdoa pun keadaan aku macam ni, tak terlintas ke dekat hati diorang kalau suatu hari nanti orang akan tanya benda yang sama pada diorang.... apa perasaan diorang waktu tu? Fikirla, semua yang berlaku atas kehendakNya, kita sebagai HambaNya hanya mampu berdoa dan menerima dengan setulus hati, adakah mereka-mereka yang bertanya tentang kita menilai tentang Qada' dan Qadar kita? Bagi yang tidak melalui fasa ini tak tahu perasaan yang aku sedang alami, bagi yang memahami dan memberi kata-kata semangat aku hargai, kerana kata-kata itu pendorong aku untuk meneruskan hari-hari akan datang.
Semalam aku dapat panggilan dari salah seorang kenalan waktu sekolah, mula-mula perbualan kau dan aku rancak dan mesra, tetapi lama-lama kau mempersoalkan bidang yang aku ceburi.. kenapa? hebat sangat ke kerjaya kau? aku tau kau mulia kerana menceburi bidang yang menurun ilmu kepada anak generasi kini, tapi perlu ke kau mempersoalkan bidang orang lain? Jika itu rezeki orang mempunyai bidang yang berlainan, janganlah dipersoalkan dan diperlekehkan... perlu ke kau tanya berapa gaji bulanan aku? perlu ke kau bandingkan dengan nafkah suami aku berikan pada ku. tak kisahlah nafkah itu hanya seringgit.. tp ak tetap bersyukur kerana tak semestinya wang ringgit jadi ukuran untuk nafkah suami ku, dia mungkin dah lengkapkan barang dapur aku, dia mungkin beli kan baju, persolekan dan lain-lain... sebab semua tu tidak perlu dinilai berapa harga perbelanjaan dia keluarkan, yang penting dia tahu tanggungjawab dia sebagai suami.. dan kau siapa nak mempersoalkan gaji aku dan nafkah dari suami aku...
TAk cukup dengan tu, kau memberi soalan yang aku sendiri tak boleh nak jawab, sebab bukan aku yang menentukan. Kau tanya kenapa aku belum pregnant lagi, ingat ini semua aku dan suami yang tentukan ke? kami hanya mampu berusaha mencari ikhtiar, tapi kalau belum rezeki kami, janganlah kau nak menuduh kami merancang atau taknak anak.. fikir la sikit persoalan yang kau berikan tu dah menyentuh sensitivit hati orang atau tak. Pasangan mana yang taknak kehadiran cahaya mata dalam keluarga, ada sampai yang bertahun-tahun tapi diorang masih bersabar dan mencari ikhtiar, aku masih baru lagi dalam alam perkahwinan, jika belum sampai masa kami menimang cahaya mata. janganlah kau kata kami tak nak anak. kalau la boleh kami sendiri yang menentukan, esok pun boleh.. tapi tu semua bukan kerja kami... tu kerja Tuhan. Manusia jenis apa kau ni? mempersoalkan soalan yang menggugat kepercayaan agama?
Kau belum berkahwin, dan kau belum tahu asam garam sebelum dan selepas perkahwinan, jangan kau nak berlagak pandai macam kau da tau selok belok perkahwinan, dan jangan kau memperbandingkan antara orang lain, sebab lain orang lain masalah, bukan semua orang ada masalah dan dugaan yang sama.
Kerana mulut kau, persahabatan kita yang terbina sejak sekolah hancur, aku dah taknak terima panggilan dari kau. dan aku taknak tahu apa-apa pasal kau. Nasihat kau bukan membangkitkan semangat untuk kehidupan akan datang, kau hanya tahu tunjuk yang kau lebih hebat dari orang lain...
Suatu hari nanti, kalau kau terkena masalah macam ni, jangan kau baru terfikir kenapa orang tak jaga perasaan ko. Sebab ko pun tak jaga adab persahabatan dan menjaga hati orang lain ketika berkata-kata.
sekian, kiriman atas angin untuk perpisahan ini. dan aku tak rela bertembung mata dengan kau jika kita berjumpa nanti.
hmmm. manusia ni memang suka hidup mendengki.
ReplyDeletekalau dengki senyap2 pstu tak bgtau orang n tak sakitkan orang pun tak boleh ke.. kan2... xpaham... ngan orang sekarang...
ReplyDeletehi dba!:)eh sama plak nama kita:) first time baca dh sedey2..xmo sedey2 okeyh!:)pas luahan nie diba kena kembali semangat okeyh!:)
ReplyDeletedoakan je la kebahgiaan dia. mungkin dia x cukup bahgia kott. sebab tu dengki dengan orang
ReplyDeletelovelyadibah :
ReplyDeleteyela nme kte sme.. eee blushing (^^,), kte da ok da pas luah kt sni.. lega sgt2.. sbb kta nak org jadikan pengajaran, jaga2 klu berkata2... sbb kte tak tau org tu terasa atu tak.. lg2 perkara y senstf mcm dlm post kte ni.. :)
cikSeed :
aku doakan dia bahagia,sbb dia pun blum dpt cari kebahagian y dia nak sgt tu.. :)
banyakkan bersabar... itu semua pun ujian dan dugaan dari Allah taala. itu tandanya Allah sayang kamu dan di tunjukkan kebenaran sebenar. :) syg kamu sepah sepah....
ReplyDeletesara : mekasih tau... awk buat sye tersenyum dengan ap y berlaku sekarang.. insyaAllah sye akn byk pkir y +ve (^^,)
ReplyDelete